Assalamualaikum w.b.t
Dengan nama Allah:)
pada tarbiyah, jawapan kepada 'mengapa' ditemui. maka, apa lagi yang lebih indah daripada itu?
biarpun...
Tarbiyah itu bukan jalan yang senang. tarbiyah itu satu jalan yang panjang, bengkang-bengkok dan kadang-kala sempit. tapi orang-orang yang melalui jalan itu sagat tahu perjalanan harus diteruskan hingga ke akhirnya. hingga semapai ke destinasi ataupun syahid di tengah jalan. kerna pada kedua-duanya insyaAllah ada redha Dia.
permulaan tarbiyah, orang-orang yang melaluinya seperti anak kecil. diberitahu dan diajar. semakin lama dalam tarbiyah, orang yang melaluinya harus belajar untuk berjalan sendiri. biarpun tidak diajar dan dituntun agar dapat melaluinya sehingga habis. dan di saat inilah orang-orang yang melaluinya harus memiliki kekuatan hati yang telah pun dikuatkan sejak awal tarbiyah. agar di saat jalan semakin sempit dan melalui kecuraman yang dahsyat, hati tetap kuat untuk meneruskan perjalanan. kekuatan hati yang hanya kerana Allah!
dan hati itu tak boleh berputus asa apabila satu kesilapan dilakukan. tak boleh merasa frust dan menyembunyikan diri sendiri. hati itu harus terus kuat untuk mencari sendiri guru yang akan membetulkannya. agar dia boleh membetulkan orang-orang yang bersamanya. hati itu harus berlapang dada untuk membuat kesilapan buat kali kedua dengan azam tidak akan melakukannya lagi di kemudian hari demi masa dpan Islam yang lebih cerah.
hati itu harus disertakan fikiran yang cerah dan lapang untuk melihat jauh ke hadapan. melihat segala konsekuensi untuk setiapa keputusan yang diambil. fikiran yang mempunyai pendirian yang teguh biarpun dicabar oleh pelbagai pandangan.
hati itu harus benar2 kuat agar kelemahan jasad tidak menghalang keinginan hati yang kuat.
dan hati itu akhirnya harus akur untuk memiliki hati yang terus kuat, fikiran yang lapang dan cerah, hati itu harus sentiasa berhubungan dengan Dia. Dia yang menurunkan Al Quran untuk dilaksanakan, bukan sekadar bacaan yang diulang dan terus diulang. agar Dia dengan penuh belas kasihan membantu hati-hati yang ingin terus menyusuri jalan yang panjang ini.
ya Allah, bantu kami :')
"ya Tuhan kami, Berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami." 18:`10
wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment