Friday, February 14, 2014

Buktikan fikrahmu!

Dengan nama Allah yang Maha Menciptakan.

Alhamdulillah atas segala limpahan nikmat terutamanya nikmat Iman dan kefahaman Islam. Rasalah diri terpilih untuk diberikan kebaikan oleh Allah sebagaimana yang pernah diungkapkan oleh Rasulullah:
“Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya, Allah akan faqihkan ia dalam agama.” HR Al Bukhari dan Muslim).

Seharusnya dengan nikmat yang Allah kurniakan, seseorang mampu untuk berjalan dengan benar di saat orang lain masih tercari-cari cara berjalan. Sebagai seorang Muslim yang merasakan tugas menyeru orang lain berada di pundak bahunya, seharusnya dialah yang mencari orang lain untuk diajar cara berjalan dengan benar.

Tinggalkan rumahmu!

Dunia ini tidak akan berubah dengan seorang daie yang hanya duduk di rumah dan bermuhasabah tanpa tindakan. Benar, janji Allah itu pasti iaitu Islam pasti akan naik kembali namun agama ini bukanlah agama magik. Allah ingin melihat siapa di antara hamba-hambaNya yang bersungguh-sungguh untuk memperjuangkan agamaNya.

Mix, but not blend.

Setelah Rasulullah menerima risalah Allah, baginda meninggalkan gua Hira' dan tidak ke situ lagi untuk beruzlah. hari-hari baginda selepas itu dipenuhi dengan waktu-waktu dakwah tanpa mengenal erti putus asa. baginda menerima pelbagai respons daripada Arab Quraisyh ketika itu yang sudah pastinya masih tenggelam dalam jahiliyyah. Biarpun Islam merupakan agama yang suci, tetapi faktor tersebut tidak membuatkan baginda menjauhkan diri dan lari daripada pekatnya jahiliyyah.

seorang daie itu seharusnya mencontohi peribadi Rasulullah yang 'terjun' ke dalam masyarakat yang tenggelam dalam jahiliyyah. tuntutan dakwah seharusnya mebuatkan seorang daie itu ber'uzlah' perasaan, bukannya jasad. sesungguhnya uzlah bagi seorang daie itu adalah pada waktu-waktu malam yang dia hidupkan untuk berbicara dengan Penciptanya.

kita dilahirkan untuk Islam!

wahai daie, bertahanlah untuk berbuat lebih daripada orang lain dan berkorban lebih daripada orang lain. tarbiyyah yang telah kita lalui mengajar kita nilai menjadi seorang hamba itu iaitu solat, ibadah, hidup dan  matinya hanyalah untuk Allah. 

Nota: post ni adalah cubaan untuk  menulis dengan lebih tersusun. post ini juga cubaan untuk siri-siri penulisan berikutnya. Mohon doa daripada semua. Moga Allah terima semua amal kita dan menambah petunjuk kepada kita atas petunjuk yang sedia ada.

Assalamualaikum :)


Thursday, November 14, 2013

dunia

Dengan nama Allah :)

memang ada orang, yang kehidupannya di dunia sekejap. 
datang bagaikan bertandang seketika. 
dan tiba-tiba hilang. 

tapi, pemergiannya memberikan kesan.
hingga menghidupkan hati yang mati.
dan menyelamatkan himmah yang lemas. 

orang itu. apa istimewanya?
di dunia dia hanyalah siapa-siapa. 
tapi kematiannya membongkarkan keistimewaan kedudukannya di sisi Pencipta.

kau dan aku. 
apa istimewanya?
kita kelihatan tiada apa-apa. 
tapi berjanjilah, kita akan terus berbuat dan beramal!

ada orang yang matanya tembus ke langit.
dinding dunia bagaikan tiada.
matanya melihat akhirat, tapi tangan dan kakinya masih digerakan di bumi.
betapa "dunia ladang akhirat" itu menjadi moto kehidupan.

ini hanyalah coretan seorang hamba yang rindu untuk menulis. 
seorang hamba yang sangat faham kesukaran untuk menjadi hamba yang bebas.
bebas daripada dunia dan seluruh isinya.
sukar. amat.
tapi untuk menjadi hamba yang matinya menghidupkan dan mata yang tidak terkurung di bumi, hamba itu. harus bebas!






Wednesday, October 2, 2013

ajari aku.

Ya Allah,
ajari aku untuk berfikir besar,
hinggakan aku tak mudah larut dengan perkara-perkara picisan.

Ya Allah,
ajari aku untuk menebarkan hati ku seluas-luasnya,
kerna tembok itu hanya dicipta oleh manusia.

Ya Allah,
ajari aku untuk memelihara hati,
agar apa sahaja yang terhasil daripadanya bukan sekadar lalu.

Ya Allah,
ajari aku untuk menerima,
walau betapa tinggi mana pun bintang yang ingin aku capai,
aku masih berpijak di bumi,

oleh itu Ya Allah, ajari aku untuk tidak membiarkan saat ini berlalu pergi begitu sahaja, tanpa aku hadirkan hati benar-benar ingin mencapai bintang. Kalaupun aku mati sebelum mencapainya, bukankah Engkau yang Maha Melihat dan Mengetahui?

bantu aku untuk terus meminta :')

Thursday, July 11, 2013

manusia

Assalamualaikum:)
Dengan nama Allah yang menciptakan.

Manusia memang  istimewa dan misteri. manusia, kadang kala tak mampu untuk kenal spesisnya sendiri. benarlah kata Rasulullah, anak-anak yang lahir tu bagaikan kain putih. ibu bapanyalah yang mencorakkannya. corak dengan lukisan Islam mahupun sebaliknya. dan hanya ada 2, Islam atau jahiliyyah.

manusia seperti span. dia akan menyerap apa sahaja yang dihidangkan terutamanya sewaktu tumbesarannya yang sedang ligat. ketika persekolahan rendah dan menengah terutamanya. dan inilah yang akan membentuk cara dia berfikir dan melihat sesuatu. dan inilah yang akan menentukan apa yang dia akan buat kebanyakan daripada usianya.

seseorang yang dibiasakan bermain video game, tentu hidupnya banyak tertumpu kepada video game. sampaikan apa yang dilihat di dunia realiti, kelihatan seperti video game. banyak masa dihabiskan di hadapan tv. sedih dan gembiranya kerana highest score atau game over.

seseorang yang dibiasakan membaca novel, hidupnya tentu sering bertukar watak dan jalan cerita. mengikut novel yang sedang dibaca. nangis dan tawanya kerana plot cerita yang dicipta manusia.

kadang kadang saya terfikir, dunia ni dah cukup khayalan. sebab akhirat tu yang realiti. tapi, bila kita memilih untuk masuk dalam dunia yang bukan dunia sebenar, kita hidup dalam kehidupan khayalan yang berlapis-lapis. dapat bayangkan ker?

cara berfikir dan melihat sesuatu ni i would say that is fikrah. dan bila fikrah seseorang telah terbentuk, susah dan teramatlah berseni usaha yang harus diinvestkan untuk mengubah fikrah tersebut. surely, fikrah yang ingin dikikis dan dibuang ialah fikrah jahiliyyah dan fikrah yang ingin ditanam ialah fikrah islamiyah. and again, it's susah dan perlukan skill.

walau susah macam mana pun, seseorang yang menamakan dirinya seorang pejuang fikrah, tak boleh berputus asa. sebab manusia itu manusia, that means manusia itu masih seorang hamba kepada Allah. it means, Allah lebih berkuasa terhadap manusia itu berbanding manusia itu sendiri mahupun fikrahnya. sebab itulah pejuang fikrah harus meletakkan tawakkalnya seara total kepada Allah, usaha di tangannya, hasil ditentukan TuhanNya dan dia berlapang dada.

dan tidak mustahil! buktinya fikrah jahiliyyah hitam pekat yang dimiliki oleh Umar boleh bertukar menjadi fikrah Islamiyyah yang digunakannya untuk bergerak menyebarkan Islam. hebatnya Rasulullah menggunakan skill membina para sahabat. dan tentulah alat yang digunakan untuk mengubah fikrah itu tersangat lah power.

Al Quran.
Al Quran ini wahyu. kata-kata dari Allah, Tuhan yang menciptakan.

saya juga pernah menyerap air yang salah.
dan sekarang, saya sedang cuba menyerap air yang benar.

saya bukan pembenci dunia dan isinya.
saya cume seorang yang sangat ingin mencintakan akhirat melalui dunia dan isinya :)
doakan saya berjaya, peace ^_^