Friday, February 14, 2014

Buktikan fikrahmu!

Dengan nama Allah yang Maha Menciptakan.

Alhamdulillah atas segala limpahan nikmat terutamanya nikmat Iman dan kefahaman Islam. Rasalah diri terpilih untuk diberikan kebaikan oleh Allah sebagaimana yang pernah diungkapkan oleh Rasulullah:
“Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya, Allah akan faqihkan ia dalam agama.” HR Al Bukhari dan Muslim).

Seharusnya dengan nikmat yang Allah kurniakan, seseorang mampu untuk berjalan dengan benar di saat orang lain masih tercari-cari cara berjalan. Sebagai seorang Muslim yang merasakan tugas menyeru orang lain berada di pundak bahunya, seharusnya dialah yang mencari orang lain untuk diajar cara berjalan dengan benar.

Tinggalkan rumahmu!

Dunia ini tidak akan berubah dengan seorang daie yang hanya duduk di rumah dan bermuhasabah tanpa tindakan. Benar, janji Allah itu pasti iaitu Islam pasti akan naik kembali namun agama ini bukanlah agama magik. Allah ingin melihat siapa di antara hamba-hambaNya yang bersungguh-sungguh untuk memperjuangkan agamaNya.

Mix, but not blend.

Setelah Rasulullah menerima risalah Allah, baginda meninggalkan gua Hira' dan tidak ke situ lagi untuk beruzlah. hari-hari baginda selepas itu dipenuhi dengan waktu-waktu dakwah tanpa mengenal erti putus asa. baginda menerima pelbagai respons daripada Arab Quraisyh ketika itu yang sudah pastinya masih tenggelam dalam jahiliyyah. Biarpun Islam merupakan agama yang suci, tetapi faktor tersebut tidak membuatkan baginda menjauhkan diri dan lari daripada pekatnya jahiliyyah.

seorang daie itu seharusnya mencontohi peribadi Rasulullah yang 'terjun' ke dalam masyarakat yang tenggelam dalam jahiliyyah. tuntutan dakwah seharusnya mebuatkan seorang daie itu ber'uzlah' perasaan, bukannya jasad. sesungguhnya uzlah bagi seorang daie itu adalah pada waktu-waktu malam yang dia hidupkan untuk berbicara dengan Penciptanya.

kita dilahirkan untuk Islam!

wahai daie, bertahanlah untuk berbuat lebih daripada orang lain dan berkorban lebih daripada orang lain. tarbiyyah yang telah kita lalui mengajar kita nilai menjadi seorang hamba itu iaitu solat, ibadah, hidup dan  matinya hanyalah untuk Allah. 

Nota: post ni adalah cubaan untuk  menulis dengan lebih tersusun. post ini juga cubaan untuk siri-siri penulisan berikutnya. Mohon doa daripada semua. Moga Allah terima semua amal kita dan menambah petunjuk kepada kita atas petunjuk yang sedia ada.

Assalamualaikum :)


No comments: