Assalamualaikum!
dengan nama Allah. Dia yang Maha Dekat :)
alhamdulillah, segala pujian hanya layak untuk Allah.
^_^
di saat kaki ini berdiri di sini. andai toleh ke belakang. terasa beza. gelap dan cerah. semalam terasa gelap. hari ni dengan nikmatnya, terasa cerah. sampaikan hati ini tertanya-tanya bagaimana aku boleh berjalan dalam kegelapan dulu. bukankah Allah Al Hadi? Alhamdulillah.
hari semalam, kepeningannya berbeza. hari ini, kepeningannya lain. reflex actionnya hampir sama iaitu bahagia andai kepeningan itu hilang. tapi, aku percaya itu bukan kata-kata hati yang sedar. yang sedar dunia ini sekejap dan akhirat itu tujuan.
ikhlas. sangat mencari sekeping hati yang penuh dengan ikhlas. agar walaupun diri ini terperosok di bawah mahupun tergantung di atas, aku tak akan merempuh ke atas kerana ingin mencapai langit dan aku tak terjun ke bawah untuk memeluk semua rumput. dengan ikhlas itu, aku akan tetap berada di situ hinggalah Dia yang menaikkan aku atau menurunkan aku.
memang bahagia, memenuhkan otak dengan makanan. sambil ditiup angin yang dingin. bersandar pada bantal yang empuk. memang bahagia. tapi, tak mungkin selamanya otak itu harus dibesarkan. kerna ia dibesarkan untuk satu tujuan. andai panggilan tujuang sampai, makanan otak itu harus diketepikan, bantal yang empuk itu itu harus dibiarkan dan angin yang dingin itu harus dilupakan. dan meredah hangat dan panasnya mentari di luar kotak itu. demi sebuah panggilan.
kecewa. mudah sangat. lagi-lagi sebab diri bernama manusia. sebab kadang-kala diri terikat dengan hukum sebab dan akibat. walaupun hakikatnya Allah lah yang berkuasa menentukan hukum itu berlaku sebegitu atau sebaliknya.
teori itu mudah dibaca. dibaca dan dihafal. dibuat nota dan banyak lagi usaha dalam merealisasikannya. tapi apabila teori itu harus diaplikasikan, sukar amat. rumit amat. mngkin sebab ini bukan sekadar teori matematik yang cukup susah. tapi, ini lebih lagi.
dalam urusan yang hanya Allah yang berkuasa, pada Dialah diletakkan segala pengharapan. dan pengharapan yang hadir bersama bukti. moga panggilan langit jelas kedengaran dalam hati dan tak dibiarkan sepi dan berlalu dengan segala cintaNya.
moga hati ini jujur mencari diri dan bertanya pada Dia, bukan kepada yang lain mahupun melihat kepada yang lain.
biarlah mata, telinga dan hati tercabar dengan apa yang menjadi ujian untuk imanmu. moga iman yang terbinalah yang akan membirkan mata melihat tanpa harus dialihkan pandangannya, hati merasa tanpa ada kegusaran dan telinga mendengar tanpa harus dipekak-pekakkan.
diri ini sedar samanya zaman ini dengan zaman itu. sebab itu apa sahaja yang hilang dan terkorban pada zaman ini hakikatnya lebih banyak yang hilang terkorban pada zaman itu.
ukhwah. aku tahu ia buah kepada iman. dalam iman, ada ikhlas.
"Muhammad adalah utusan Allah., dan orang -orang yang bersama dengannya bersikap keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka..." 48:29
No comments:
Post a Comment