Wednesday, April 3, 2013

pasca usrah...

ternyata, dakwah menuntut kita untuk berfikir besar!

dakwah yang bukan sekadar "senyum itu pun dakwah"
dakwah yang bukan sekadar "membuang sampah di jalanan itu pun dakwah"

tapi dakwah kita ialah dakwah yang ingin menyelesaikan tanggungjawab syahadatul Haq!
sehingga Islam itu yang paling tinggi dan tiada yang lebih tinggi selain daripadanya. 
sehingga semua manusia yang bernyawa tunduk kepada Islam dengan suka. 

Islam yang indah.
Islam yang syumul.
Islam yang kamil.
Islam yang mutakamil. 

seandainya dengan hanya tersenyum dan membuang sampah di jalanan mampu untuk mengembalikan semua Islam ke tempat yang tertinggi [sebagaimana pernah berlaku dalam sejarah], 
silalah.

tapi, pasti, kita sedar, untuk mencapai ke arah itu, bukan sekadar tersenyum dan membuang sampah di jalanan.

kita ingin membina rijal-rijal yang akan menjaga addeen ini tanpa disuruh dan dipaksa. 
kita ingin membina rijal-rijal yang berfikir untuk addeen ini dan kelangsungannya di atas muka bumi.
kita ingin membina rijal-rijal yang tidak berfikir hanya tentang dirinya dan keluarganya sahaja.

kita ingin membina rijal-rijal yang berfikir tentang ummah ini.
ummah yang sering diingat-ingat oleh Rasulullah.
ummah yang sering disebut-sebut oleh Rasulullah.
ummah yang sering didoakan Rasulullah.

maka, fikir besar!
think big!
wahai daie :)



1 comment:

Unknown said...

indeed ! berfikir dlm kerangka luas.