alhamdulillah, thumma alhamdulillah :)
kita puji Allah dan terus memujiNya kerna kita masih diberikan kekuatan untuk memujiNya. Allahu akbar!
saya rasa akward bila tulis dan merasakan ada orang yang akan membaca. erk [dah tu, awat tulis blog??] terasa otak akan bekerja lebih sebab tapisan demi tapisan akan dibuat. "should i write this?" by the way, percubaan akan dibuat untuk menulis tanpa tapisan. fuhh.
SPING CAMP 2013 berlalu sudah. alhamdulillah! tak sampai satu minggu berlalu, hati ini dah merindukan groupmate di SC13. subhanallah, memang, rindu itu anugerah. *kenyit mata*
dan aku tahu aku tidak sendiri [baca: i m not alone]. hehs mahu bukti? baca newsfeed Fb.
masa lapang itu memang ujian. ujian! ujian! ujian! ujian untuk orang-orang yang inginkan syurga. ujian untuk orang-orang yang pernah mengatakan dia ingin membeli akhirat dengan dunia. ujian untuk aku. =.=
aneh sungguh! seorang hamba yang berjalan di atas muka bumi yang dihamparkanNya, tanpa sedar ada Dia yang memerhati dan tahu yang sangat tahu,
ketidaksungguhannya.
kemalasannya.
keinginannya kepada kerehatan.
walaupun aku kata aku tak inginkan kerehatan, tapi apabila kerehatan itu datang, aku alu-alukan dengan karpet merah. apakah? kata nak syurga. =.=
walaupun aku tahu rehat seorang daie itu di syurga, ternyata aku tiada mujahadah untuk melarikan diri daripada kerehatan itu. apakah? kata nak syurga =.=
dan 'walaupun' itu menandakan aku tahu. tapi mungkin aku belum cukup TAHU dan FAHAM nilai syurga dan perjuangan.
aku tahu, 10 minit yang aku biarkan berlalu macam tu je, mungkin beberapa orang saudaraku di Syria telah syahid. dan aku membiarkan ruh ku terseksa di saat ada ruh syuhada' sedang berbahagia berjumpa dengan penciptanya?
sebenarnya, bukan tiada kerja, ada banyaakkkkkk sangat! cuma tangan ni tak rajin nak listkan atas kertas dan buat reminder eyh. =.='
final lagi 1 bulan.
due dates tengah beratur. presentation disability :D [bahagianya =p]
dan adik2 yang comel yang ingin aku santuni.
okayyyyhhhhhhh, jom jom jom bangkit!
beramallah dengan merasakan Allah melihat memerhatikan. maka, kita akan ihsan! ^_^
dan Allah yang Maha Tahu tu, tahuuuuu je condition diri ini sekarang, dan Dia bagi ayat ni:
"kerana itu, hendaklah orang-orang yang menjual kehidupan dunia untuk (kehidupan) akhirat berperang di jalan Allah. dan barang siapa berperang di jalan Allah, lalu gugur atau memperoleh kemenangan maka Kami akan memberikan pahal ayang besar kepadanya." 4: 74
perang okay!! nak perang mane boleh lmbat2 dan tak bersemangat!
No comments:
Post a Comment