Thursday, April 12, 2012

biji benih :)

Bismillah. Dengan nama Allah, aku menulis.
[dah lama sangat tak tulis nih...=.=']

mungkin sekarang baru aku tahu kenapa akak2 jarang update blog. :p

aku menulis di saat ini tidak bermakna aku free a.k.a there's nothing to do. ada. panjang list. moga hati ini ikhlas. moga bermanfaat untuk yang menulis dan yang membaca. [jika ada reading material lain yang lebih bermanfaat, sila tekan button x di atas, no harm :)]

pernah tak rasa serabut sampai dah tahap wajib untuk list kan apa yang kita kena buat sebenarnya and clear in our own mind?

biasa berlaku.

apa isunya? aha. takde isu pun. lesson no 1: list.

semalam duduk lutut bertemu lutut lagi. yeay! ^^
alhamdulillah :D muka bahagia~

kami study pasal hadis biji benih. tahu tak apa itu?

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"jika akan berlaku kiamat dan pada tangan seseorang kamu itu ada anak benih, jika dia mampu untuk menanamnya sebelum berlaku kiamat itu, maka tanamlah."
[riwayat-to be checked, i'A]

kiranya, apa yang cuba Rasulullah sampaikan ni? [kalau sat lagi nak qiamat, tanam biji benih instead of ambil sejadah dan solat taubat? errrr]

based on perbincangan last night, sebenarnya Rasulullah cuba nak beritahu kita, ummat2 baginda bahawa sesungguhnya Allah melihat usaha kita, bukan hasil yang bakal kita dapat. sebab, kalau nak difikir-fikirkan, kalau kita tanam biji benih dan kejap je lagi nak qiamat, mesti tak sempat nak tumbuh dengan suburnya dan mengeluarkan buah dengan banyak nya kan??? maka, apa yang kita dapat??? [sebiji buah pun tadek. sob sob] jangan sedih lagi...sebab yang akan kita dapat ialah pahala daripada usaha-usaha kita. indeed, Allah memang tengok usaha kita pun. :)

contoh popular, kalau kita sdg struggle belajar, dan result yang kita dapat boleh mengalirkan air mata, jangan rasa down sangat okay, sebab Allah dah kira usaha-usaha kita.

[kalau tak rasa down,nak rase ape??]

rasalah Allah nak suruh kita untuk terus berusaha! ^^

rasalah Allah sdg ckp: don't give up!^^


fhm...rasa penat, sebab apa yang kita usahakan tak nampak hasil kan?

it's okay. kita usaha mesti sebab Allah suruh kita usaha kan... dan Allah tak kan sia-siakan usaha kita tu. every second of our struggle, all r counted. :) bestnyer!!! ^^

cbe tengok ayat ni:
Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras, sekuat-kuat kerja, menuju Rab (Tuhan)mu, maka kamu akan menemui-Nya (menemui Allah)
[84:6]
ada ke motivasi lain untuk kita terus berusaha selain janji Allah yang kita akan jumpa Dia one day?

maka, keep on struggling. keep on striving okay!
walaupun tak nampak hasil.

sebab bak kata usrahmates saya, dunia bukan tempat hasil.
[faham ker? :)]





2 comments:

Kipas said...

lagi seronok baca kalau dalil itu disertai riwayat dan nama surah dll:)

Unknown said...

jazakallahu khoiran katheera, for teguran. sy dah edit, alhamdulillah...