2 hari yang penuh dengan tarbiyyah.
rasa lemah. dan hampir jatuh. terduduk. tertunduk.
2 hari yang tenggelam dengan perasaan.
fikiran yang melayang. memikirkan hari esok yang tak tahu apa yang bakal berlaku.
2 hari yang rasa bagai nak lari.
tapi tak tahu ke mana.
2 hari yang hati ini diserahkan bulat-bulat kepada Dia.
menyerahkan apa sahaja yang terbaik untuk seorang hamba.
2 hari yang menguji kebergantungan.
kepada dia atau kepada Dia.
2 hari yang berperang dengan hati sendiri.
ditarik dan ditolak.
2 hari yang membuatkan hati ini berkata,
"ya Allah..."
2 hari yang mengajar hati untuk membersihkan hati.
2 hari yang mengajar diri untuk bangun sendiri.
2 hari yang mengajar diri untuk hadapi apa jua yang datang.
2 hari yang mengajar diri untuk terus senyum.
2 hari yang mengajar diri tentang jiwa seorang hamba.
hati bertanya tanpa henti sejak hari pertama. mengapa dan mengapa. tiada jawapan daripada Dia.
pada hari kedua, baru ku tahu.
rupa-rupanya sejak hari pertama, Dia sedang berbisik: Aku rindu.
ya Robb, hari semalam yang membuatkan aku merasa aku gagal untuk menjadi
sahabat yang baik,
pelajar yang baik,
anak yang baik,
dan
hambaMu yang baik,
Kau berikan aku hari ini untuk aku menjadi yang hambaMu yang terbaik,
anak yang terbaik,
pelajar yang terbaik,
dan sahabat yang terbaik .
ya Allah, tolong aku.
2 hari yang penuh tarbiyyah. 2 hari itu. yang akan aku rindu.
^_^
1 comment:
moga 2 hari itu akan menjadi bekalan buat hari-hari yang mendatang..
kerana setiap saat kita dalam sekolah tarbiyyah Dia kan?
Post a Comment