Monday, March 12, 2012

La ilaha illallah :)


Dengan nama Allah, saya menulis.
Allah yang sangat Penyayang dan Pengasih kepada hamba-hambaNya.
Allah yang menciptakan langit, bumi dan apa yang ada antara kedua-duanya iaitu saya, awak dan hamba-hambaNya yang lain.
Allah yang menciptakan alam ini dan alam-alam lain yang tidak saya ketahui. [sebab akal seorang hamba yang cetek]

saat ini, saya nak menulis tentang Allah.
walaupun saya sedar saya tak kenal Allah sangat, sebab ilmu saya yang sangat sedikit.
tapi ada satu yang pasti, Dia yang mencipta saya.

saya nak tulis jugak.

sebenarnya, Allah nak dalam hati kita hanya ada Dia.
tiada yang lain.

dan memang itulah yang harus kita sedar dan buat pun.
sebab Allah yang mencipta kita.
sebab Alah Robb kita.
sebab Allah Ilah kita.

Bukankah Allah yang tak pernah henti memberikan kita oksigen tanpa kita harus membayarnya?
itulah Robb.

Bukankah Allah tempat kita berharap, meminta dan menyembah?
itulah Ilah.

tapi dalam hidup ni, sering kita mendahulukan dan lebih berharap kepada ciptaan Allah, tidak terus kepada Allah.
sering. kadang-kadang tanpa kita sedari pun.

cuba kita fikir balik,
berapa kali kita pernah sedih dalam hidup? frust? rasa kecewa?
dan kita pasti mencari pendengar yang sanggup mendengar cerita kita.
mungkinkah Allah pendengar yang kita pilih?
atau kita lebih memilih untuk mencari ciptaanNya.

ya, bercakap dengan manusia pun perlu.
lagi-lagi apabila kawan yang kita pilih tu memang sangat memahami.
tapi, carilah Allah terlebih dahulu.
luahkan lah segala-galanya kepadaNya.
geram.
sedih.
kecewa.
frust.
terharu.
takut.
risau.
Dia sangat mendengar. dan Dia sangat tahu dan faham apa yang kita hadapi.
manusia tak kan mampu nak tenangkan hati kita, tapi Allah, sangat mampu, sebab hati kita pun milik Allah.

dan kadang-kadang selalu jugaklah mereflect diri sendiri,
kalau tengah sedih tu,
sape yg kita cari untuk bagi balik kegembiraan dan kebahagiaan?
Allah kah?
atau makhluk ciptaanNya.

dan kadang-kadang selalu jugaklah mereflect diri sendiri,
adakah perasaan bahagia dan gembira bila bersua dengan sahabat-sahabat tercinta,
turut hadir tatkala kita berjumpa dengan Allah sewaktu solat?
[sepatutnya, lebih gembira dan bahagia]

dan kadang-kadang selalu jugaklah mereflect diri sendiri,
kalau masa terluang, dan fikiran pun melayang,
siapa yang kita ingat terlebih dahulu?
Allah kah?
atau makhluk ciptaanNya.
atau benda yang tidak bernyawa.

selalu terfikir...
siapakah yang sebenarnya ada dalam hati ini?
Allah kah?
atau ada yang lain.

Allah sebahagiannya kah?
dan sebahagian yang lain milik orang lain.

Allah sepenuhnya kah?

hati ini milik Allah. hati awak pun milik Allah. hati mereka juga.
sayangilah saya kerana awak menyayangi Allah. sayangilah mereka kerana awak menyayangi Allah.

mintalah semahu awak,
haraplah setinggi mana,
sayanglah sepenuh hati,
takutlah,
hanya kepada Allah.


LA ILAHA ILLALLAH.








No comments: