dunia ni sementara je kan. akhirat tu yang selama-lamanya kan.
bahagia yang sementara atau bahagia selama-lamanya? yang mana satu pilihan anda/awak/kamu?
ya, kita semua bersetuju untuk memilih BAHAGIA SELAMA-LAMANYA. tahniah! itulah pilihan yang paling bijak. :)
maka, bersusah-susah sekejap di dunia untuk bahagia selama-lamanya di akhirat, tak apa lah kan. [oh! susahnya untuk berkata "tak apa"]
perasan tak, kita dilahirkan di dunia ini dengan modal yang Allah kasi. kita ada masa 24 jam sehari semalam. dan sampai ke hari ini, kita telah hidup mungkin 20 atau 40 tahun.
kita ada harta yang Allah beri. [biarpun pinjaman mahupun scholarship]. apatah lagi yang dah berkerja.
kita ada tenaga yang Allah kurniakan. ada tangan untuk menulis, memegang, mengangkat, drive kereta dan sebagainya. kita juga ada kaki untuk berjalan dan berlari. kita ada anggota badan yang mampu untuk digerakkan ke sana dan ke sini.
kita ada fikiran yang tiada pada haiwan dan tumbuhan. dengan fikiran ini kita boleh memikirkan idea-idea yang mantap lagi hebat. dengan fikiran yang Allah kurniakan ini kita mampu menganjurkan aktiviti yang mantap untuk kelab kita.
dan.
kita ada HATI. untuk memahami apa sebenarnya hidup ini. mengapa kita diciptakan. dan ke mana harus kita gunakan masa, harta, tenaga dan fikiran yang Allah beri.
dan dengan modal-modal inilah KITA AKAN MEMBELI KEHIDUPAN AKHIRAT. [oh! sedar kah kita sedang berjual beli dengan Allah]
pada saat kita menghabiskan waktu-waktu malam dengan study sebab kita tahu Allah sedang mengira usaha-usaha kita, kita sedang membeli kehidupan akhirat yang best tu.
pada saat kita menginfaqkan duit yang kita pada jalan Allah, walaupun kita terpaksa mengorbankan kehendak kita, kita sedang membeli kehidupan akhirat yang bahagia.
pada saat kita menawarkan diri untuk pergi ke tempat lain kerana kita perlu ke sana, kita sedang membeli kehidupan akhirat yang akan membuatkan kita senyum sepanjang masa.
pada saat otak kita ligat berfikir sampaikan ternampak kerutan di kening, kita sedang membeli kehidupan akhirat yang akan membuatkan kita menjadi orang yang paaaaaling bahagia.
maka, untuk mendapat akhirat yang best, segala modal yang Allah kasi tu tak boleh dibazirkan macam tu je. nanti kita yang ruuuggggiiiiiiiiiiiii.....
masa tak boleh dibiarkan berlalu macam tu je.
duit tak boleh mengalir macam air je.
tenaga tak boleh dibazirkan sebegitu je.
fikiran tak boleh dibiarkan merewang-rewang entah ke mana je.
dan.
HATI tak boleh disia-siakan dengan sesuka hatinye.
sebab, inilah MODAL yang kita ada untuk BELI akhirat!!
hidup hanya sekali, sebab tu lah kita kena FIKIR betul-betul!!! ^^
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." [61:10-11]
2 comments:
huhu..teringat yang Rasulullah saw pernah kata yang dunia adalah ladang akhirat :)
smga apa yg kamu nukilkan ini mjadi refleks buat kta smua. kakak rsa adik kakak lg matang skrg. =)
Post a Comment