Tuesday, January 31, 2012

tak perlu baca :')

ada seorang hamba Allah. ditarbiyyah sejak kecil oleh Dia. pada saat budak-budak sekolah merasa keseronokan itu dan ini, dia merasa bahagia dengan membaca "bismillah" dalam setiap apa yang dia buat. aneh.

ada seorang hamba Allah. dipelihara Allah sejak kecil. pada saat rakannya menangis kerana konflik dengan kawan yang lain, dia menangis apabila mendengar lagu tentang Rasulullah. terasa sayu di hatinya. aneh.

ada seorang hamba Allah. dijaga Allah sejak kecil. pada saat rakan-rakan sekolahnya mula membina circle of friends yang bergaya, dia masih sendiri. tak kira siapa yang dia jumpa, itulah kawannya. pada kawan itulah dia akan senyum. tanpa memilih. aneh.

ada seorang hamba Allah. disayangi Allah sejak kecil. hinggakan apabila dia berjalan bersendirian, dia merasakan Allah lah penemannya. Allah lah pendengarnya. Allah lah segala-galanya.

hamba Allah itu membesar dan mula menjadi dewasa sedikit. demi sedikit. hari. demi hari.

tarbiyyah Allah sejak kecil kepada hamba Allah itu sebagai satu persediaan untuk sesuatu yang lebih besar dalam hidupnya. di satu tempat di tanah air, Allah menyedarkan hamba Allah itu, hidupnya lebih daripada belajar, bekerja dan mempunyai keluarga sendiri.

di satu tempat itulah, dia mula menyusun langkah dan belajar. mungkin hamba Allah itu merasakan itulah saat kelahirannya semula. apabila dia mula menyedari mengapa dia diciptakan di atas muka bumi ini.

di satu tempat itulah, dia dipertemukan dengan hamba-hamba Allah yang lain yang turut disentuh hati mereka oleh Allah. cuma, cerita mereka berlainan.

di satu tempat itulah, dia dan jiwa-jiwa yang lain berpegangan tangan, menarik dan menolak satu sama lain. mencari kekuatan untuk menjadi hambaNya yang baik pada pandanganNya.

di satu tempat itulah, dia dan jiwa-jiwa yang lain mula menyedari untuk bekongsi cahaya itu dengan jiwa-jiwa yang lain. kerana cahaya itu memberi kehidupan.

kerana itu, hamba Allah itu bersama dalam kapal yang sedang belayar untuk menyelamatkan jiwa-jiwa yang rindu untuk kembali kepada fitrah. dalam pelayaran itu, hamba Allah itu harus menggunakan tenaganya, dan segala-galanya yang ada pada dirinya untuk menyelamatkan lebih banyak jiwa yang sedang mati. hamba Allah itu rasa penat dan letih kadang kala, tapi hamba Allah itu tahu, dia sedang berjual beli dengan Allah.

pada saat yang lain, Allah memisahkan jasad-jasad dalam kapal tersebut. hamba Allah itu tercampak di benua yang lain. jauh daripada yang lain.

kini hamba Allah itu masih di benua itu. hamba Allah itu masih seperti dahulu. hatinya masih seperti dahulu.

cuma, dia merasa rindu.

rindu untuk menjual. kerana pembelinya ialah Penciptanya yang agung. yang Paling Hebat.

hingga kini, dia masih tidak mampu untuk menjual.

hamba Allah itu masih mengharap agar dosa-dosa dan kesalahannya dimaafkan.

hamba Allah itu malu kepada PenciptaNya.

tapi hamba Allah itu tahu dia harus kuat.

tiada pilihan lain.

"usia tarbiyyah bukan penentu"

hamba Allah itu tahu dialah yang harus mencari.

kalau bukan dia yang dicari.

hamba Allah itu tahu dialah yang harus terhegeh-hegeh.

kalau bukan dia yang dihegeh-hegeh.

kerana dia mencari dan terhegeh-hegeh bukan untuk kepentingan sendiri.

hanya untuk cari redha Ilahi.

sebab, hamba Allah itu tahu dia hanyalah SEORANG HAMBA.
:')