Wednesday, September 14, 2011

the choice is...

.hari yang indah. 14 september 2011.


saya berada lagi di sebuah pertemuan lutut ke lutut. subhanallah! dan...ini yang mengetuk hati saya berkali-kali! [sampai ke saat ini, dan insyaAllah, bila-bila]


Tuhan yang kita sembah dan niatkan ibadah kita selama ini adalah Tuhan yang sama yang Nabi Muhammad minta pertolongan sangat-sangat sewaktu perang badar yang genting tu!


Tuhan yang kita doa tiap-tiap hari ni adalah Tuhan yang sama yang menyaksiakan seksaan yang diterima Bilal bin Rabah saat nyawanya menjadi taruhan keIslamannya!


Allah. Dialah Tuhan untuk semua makhluk. [semua ye!no exception]yang tidak pernah berubah.

cuma hamba-hamba yang diciptakan menjadi khalifah saja yang berubah.

mungkin dahulu, pentas bumi dihuni oleh Abu Bakar, Bilal, Sumaiyah. [mereka yang hebat!]

tapi, hari ini, pentas bumi digantikan oleh saya, awak, KITA. [kita yang ?]


saya bermonolog sendiri: mungkinkah Allah melihat hamba-hambaNya pada hari ini [saya, awak, KITA] sudah kurang berkorban untuk mengejar syurgaNya berbanding hamba-hambaNya dahulu???? [sobs sobs ]


berpaling dari syurga?

melihat syurga dari jauh?

cukuplah setakat berada di pintu syurga?

masuk sekejap ke dalam syurga dan keluar balik sebab taknak duduk lama-lama?

berada di dalam syurga untuk selama-lamanya?

JUMPA ALLAH?


the choice is ours.

PLAN ^^,