Thursday, May 5, 2011

Balada Seorang HAMBA

Bukan sajak rekaan penyair prolifik. Hanya ceritera seorang hamba.


Beberapa kali, malah sering kali, rasa hamba itu hilang dan lenyap.


“kenapa lah Allah uji aku sampai macam ni sekali?”


Air mata. Hati yang lara. Retak. Punah. Hancur. Kecewa. And the list begins...


Soalan 1: Andai seorang hamba sudah hilang jiwa hamba, adakah hamba itu dianggap sebagai hamba yang baik?...


Jawapan:Agak sukar untuk menjawab.


So, twist sket soalan.


Soalan 2: Andai seorang guru sudah hilang skills dan passion sebagai seorang guru, adakah guru itu dianggap sebagai guru yang baik?...


Jawapan: Ya, jawapannya tidak.


Conclusion:Maka, andai seorang hamba itu hilang jiwa hamba walaupun sekejap atau sedetik, mana mungkin hamba itu menjadi seorang hamba yang baik. Fullstop.


...


Seorang hamba itu akan menerima apa sahaja yang ditetapkan Allah untuknya. Kerana dia hanya hamba.


Seorang hamba itu akan redha dengan ketentuan yang ditulis Allah untuknya. Walaupun pahit. Ya, walaupun pahit. Kerana dia hanya hamba.


Dan kerana dia seorang hamba, dia akan mohon ampun atas setiap air mata yang mengalir. Takut-takut air mata yang mengalir kerana ada unsur tidak redha di situ.


Dan kerana dia seorang hamba, dia akan meminta izin daripada Allah untuk mengalirkan air mata.


“Ya Allah, aku tahu, Kau sedang mengujiku. Maafkan aku Ya Allah kerana masih tidak dapat bersabar pada hentakan pertama. Ya Allah, izinkan aku menangis....”


T.T


...


Jiwa hamba itu tidak pernah bersangka buruk pada Tuhannya. Kerana dalam hatinya sangat tahu bahawa Allah tidak menzalimi dan menganiayai hamba-hambaNya.Jiwa hamba itu sedar ujian yang dirasakan pahit dan sakit itu datang bersama kasih sayang Allah.


Tidak sukakah seorang hamba itu apabila Allah sengaja memberinya kesakitan yang sementara untuk mengampuni dosa-dosaNya yang lampau. Bagai pasir di lautan...


...


3:142 [Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar.]Ha...belum cukup jihad la tu...belum cukup sabar la tu...


Maka, cukupkanlah. Teruskanlah usaha mencukupkan. Moga-moga dalam usaha kita mencukupkan, andai kita dipanggil oleh Dia untuk dipertanyakan apa yang telah kita lakukan sepanjang hidup di dunia ini, mulut tidak akan kelu untuk berkata; Aku sedang berusaha, Ya Allah.


...


Ya Allah, moga langkah, gelak ketawa, senyum, tangis, larian dan tulisan hamba-hamba ini tidak menghilangkan jiwa hamba.


Langkah ke kelas.


Ketawa kelucuan.


Senyum sapaan.


Tangisan frust.


Larian menghadiri meeting.


Tulisan untuk blog. J





No comments: