Monday, June 20, 2011

faham BAHASA~

Astaghfirullah~
ampuni aku Ya Allah, atas kesilapan waktu dulu, kini dan akan datang.
Alhamdulillah~
segala puji bagi Mu Allah, yang masih memberiku peluang untuk menjadi hambaMu yg lebih baik. bukankah setiap hari yang baru itu peluang untuk memperbaiki kesilapan dahulu?
True!

dan alhamdulillah Ya Allah, kerana kerdilnya diriku di hadapanMu masih membuatkan aku merasakan Kau melihatku.
PERASANkah aku?????
n.o.p.e

Actually,
kita semua kena PERASAN yang Allah sedang melihat kita. PERASAN yang Allah mendengar kata-kata kita.PERASAN yang Allah mengetahui setiap lintasan hati kita.
kita kena jadi PERASAN sebab memang itu hakikat.

dan sekalipun kita TIDAK SUDI UNTUK MENJADI PERASAN, kitalah yang rugi sebab dengan perasaan PERASAN tu la yang akan membuatkan kita akan concious dengan apa yang kita buat.
mengapa dalam lain-lain perkara, mudah sangat untuk kita PERASAN, but when it comes to Allah, hilanglah bakat kita untuk menjadi PERASAN tu.
ish.ish.ish

bila PERASAN ni, mudah sangat nak faham BAHASA ALLAH.. well, that 1 advantage that should be highlighted.
x percaye???

situasi 1: kita berjalan2 di Sunway Pyramid. nak jumpa sahabat lama. tunggu punya tunggu, waaa~ datanglah mereka. excited xleh nak cite! [kat rumah tadi kita pilih baju mmg bersungguh-sungguh to ensure that the first reunion is something good to be put into memory] tapi...tibe-tibe sorang kawan kita ni pandaang kita macam there's something abnormal. dah la muka kerut2. kita PERASAN! pastu dalam hati terus la berfikir, "haish, apa yg x kena ni??" kita pun pergi toilet lama giler n stand in front of the mirror like a statue sambil fikir apa yg x kena dgn appearance kita. oh, tudung kita senget sket rupanya. [apakah~]

wah.wah.wah.
senang sungguh kita PERASAN dan FAHAM BAHASA KAWAN kita tu [even dia x cakap sepatah pun].

well, i didn't say that it's wrong but why don't we apply dat PERASAN thingy to other things. other things??
hurm~

situasi 2: dah dua tahun tidur kat atas katil ni OK je. awat malam ni rasa mcm berhaba je. oh, blackout rupanya. kipas x function! tensi! tensi! patutla roomate buka pintu, biar angin masuk. tapi, x membantu!!! nak tido. nak tido. tapi x selesa!

Itu la contoh BAHASA ALLAH. kalau nak difikir-fikirkan, kenapa tiba-tiba kita rasa panas. yup, sebab blackout. tapi, siapa yang membenarkan blackout dan sebagai akibatnya kita tak selesa untuk tidur. ALLAH. saje-saje ke Allah nak buat kita x selesa untuk tidur? mestilah x. ALLAH NAK KEJUT KITA UNTUK QIAM. sebab dah lama sangat hamba Dia yang sorang ni x bangun qiamulail. Allah rindu sangat nak dengar hamba Dia yang sorang ni berdoa dan mangadu segala perkara. Sebab Allah tahu hamba Dia yang sorang ni X KAN MAMPU MENANGGUNG TUGAS SEBAGAI KHALIFAH dan IBADAH tu tanpa pertolongan Dia. sebab hamba Dia yang sorang ni sibuk sangat study. sibuk sangat dengan laman sosial. sibuk sangat nak uruskan rumah. sibuk sangat nak fikirkan masalah negara. tapi, terlupa untuk bertakbir membesarkan Dia, ruku' dan sujud mengakui kekerdilan diri di hadapan Dia.



"Hai orang yang berselimut,
bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya),
(yaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit.
atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan.
Sesungguhnya Kami akan menurunkan kapadamu perkataan yang berat.
Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan.
Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak)."
[al-Muzammil:1-7]

susah sangat ke nak faham BAHASA ALLAH. atau kita memilih untuk menjadi hambaNya yang bertaraf rendah? atau sederhana mungkin? [adakah menjadi hambaNya yang bertaraf rendah dan sederhana itu aim kita???]

*bila 1 hari kita buka laptop dan tangan kita sakit plak afterwards
FAHAMlah kita yg Allah nak tegur: lama sangat tu.lagho!
*bila solat bagaikan hilang nikmatnya dan susah sangat nak khusyu'
FAHAMlah kita yg Allah nak tegur: hati dah x bersih.hitam.sakit. terhijab dari menikmati manisnya saat pertemuan dengan Dia!
*bila adik usrah asyik 'lari' atau 'susah nak faham'
FAHAMlah kita yg Allah nak tegur: kita x buat apa yang kita cakap
*bila orang yang cuba kita tarik, menolak
FAHAMlah kita yg Allah nak tegur: niat x ikhlas!
*bila semua org x nak bercakap dgn kita termasuk usrahmates
FAHAMlah kita yg Allah nak tegur: dah byk sgt ketawa ni, cuba muhasabah.
*bila kita organize program dan sambutan yang kita dpt hambar
FAHAMlah kita yg Allah nak tegur: kebergantungan kita ats kejayaan program tu bukan solely on Him!

jap...jap...jap
BAHASA ALLAH semua -ve ker?
siapa kata? x habis lagi ni...:P



bukankah tiupan angin yang mendamaikan tu BAHASA ALLAH.
bukankah urusan yang terasa dipermudahkan tu BAHASA ALLAH.
bukankah kecomelan awan yang membuatkan hati meloncat-loncat kegembiraan tu BAHASA ALLAH.
bukankah telatah orang-orang di sekeliling yang membuatkan kita tersenyum tu BAHASA ALLAH.

cume, manusia ni [kita la tu...T.T] bila ada something yang buruk dan -ve baru nak turn tu Allah.
but still, kita sering memilih untuk TIDAK MEMAHAMI.

moga Allah ampunkan kita atas KEKERASAN HATI kita ni.
astaghfirullah~
sebab, bukan HATI YG KERAS ni yang ingin kita persembahkan di hadapanNya kelak.

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik." [57:16]

sape org2 yg beriman tu??????
K.I.T.A
once again, kita KENA JADI PERASAN kat sini!
sebab??
kalau pun kita rasa kita x cukup beriman, tapi di dalam hati kita, KITA NAK SANGAT JADI ORG BERIMAN! T.T

so, org-org beriman sekalian! [saya, awak dan mereka! :)] jom sama2 kita tundukkan hati [tundukkan pandangan as well]... dan dengan khusyu' kita ingt Allah.
ingat Allah bukan dalam solat je, tapi setiap masa dan ketika.
insaAllah, kalau dah lagu tu...kita MUDAH MEMAHAMI BAHASA ALLAH dan SUDI UNTUK MNJADI ORG YG PERASAN.
:D


2 comments:

Anonymous said...

terngiang-ngiang suara kak Auni bila baca post ni :)

Unknown said...

:) sape ek ni? i noe u're KMBian..salam sayang kat kwn2 ye...