Sunday, October 3, 2010

~bukan sekadar jalan-jalan~

Tiga hari yang lepas, kami (saya dan kakak) keluar jalan-jalan ke Times Square, Low Yatt dan Mid Valley atas urusan yang tertentu. Dan semalam, tanpa mengira erti penat dan lelah, saya menyusun kaki sekali lagi ke Mid Valley untuk bertemu dengan sahabat tersayang yang terpisah dek hambatan urusan mengejar cita masing-masing.

Sakan berjalan saya sepanjang cuti ni...

Sekadar berjalan-jalan and end up dengan kaki yang sakit?

Sekadar window shopping sebab fulus mengalir bagaikan air?

Sekadar makan-makan bagi melayan kehendak perut yang bernyanyi-nyanyi minta diisi?

Sekadar nak merasa kesesakan naik komuter dan berpengalaman untuk terpijak, memijak dan dipijak kasut sendiri mahupun orang lain?

Sekadar tengok orang yang lalu lalang dan melihat dengan pandangan mata yang kosong?

Sekadar itukah perjalanan saya?

InsyaAllah, bukan sekadar itu.

“Ya Allah, permudahkanlah perjalananku Ya Allah. Jadikanlah perjalanan yang bakal aku lalui nanti sebagai satu tarbiyah daripadaMu.”

Ya, saya mengharapkan tarbiyah daripadaNya~

Biarpun ke Times Square~
Biarpun ke Low Yatt~
Biarpun ke Mid Valley~

Kerna saya tahu Allah ada di mana-mana x kira tempat dan ketika. Dan Allah memeperkenankan doa saya...;)

.: lelaki bertongkat itu melangkah masuk ke dalam komuter. Dia tidak memakai cermin mata gelap seperti kebanyakan orang yang senasib dengannya. Saya melihat dan terus melihat bagaikan insan tersebut telah lama ingin saya temui. Seorang wanita cina memimpinnya agar duduk di tempat duduk yang kosong. Dia duduk sambil mulutnya terkumat kamit. Dia melipat tongkatnya. Mulutnya terkumat-kamit lagi. Kadang-kala matanya dihalakan ke atas biarpun aku tahu dengan berbuat demikian, dia masih tidak mampu melihat warna dunia seperti yang dapat ku nikmati :.

Flash back: aku teringatkan anak kucing di asramaku di Kolej Mara Banting yang juga buta.

Sambil mata saya tidak lepas-lepas memandang lelaki buta itu dan melihat mulutnya terkumat-kamit, fikiran dan hati saya terus bermonolog sendirian. Bermuhasabah sendiri dalam di dalam komuter yang laju bergerak.

Apalah agaknya yang dikumat-kamitkan oleh lelaki buta itu. MasyaAllah. Hebat sungguh ujian Allah terhadap lelaki buta tersebut. kehebatan tersebut lebih terasa kerana dalam kegelapan pandangan matanya, mulutnya masih terkumat-kamit menyebut kalimah-kalimahNya yang indah. Mungkin dia berzikir.Tulusnya hati seorang hamba. Hebatnya cinta Pencipta. Ingin sekali saya bertanyakan lelaki buta itu apakah yang dirasakannya tentang kehidupan di dunia tanpa dia mengetahui bentuk dunia sekalipun.

Adakah hanya hitam dan gelap gelita yang menjadi pandangannya.

Adakah~
Adakah~
Dan saya terus ‘ber’adakah~

Kerana saya ingin sekali tahu apa yang dirasakannya. Saya ingin sekali tahu adakah ketidak mampuannya untuk melihat masih menjadikan dirinya berjalan di atas tujuan kehidupan yang sama, KI-khalifah dan ibadah? Ataupun, hakikatnya dia lebih celik tentang tujuan hidup yang sebenar berbanding aku dan mereka yang celik? Ya, bukankah hati itu raja. Bukannya mata yang cantik ataupun hidung yang mancung. Tapi, hati. Hati yang tersembunyi di dalam dada. Yang di dalamnya terkandunglah details2 sedetailnye tahap iman seorang insan. Biarpun graf iman yang turun dan naik itu tidak dipamerkan dengan LCD, tetapi hakikatnya details tentang graf tersebut telah pun diketahui oleh Dia yang Maha mengetahui. Be it gradient, minimum or maximum point.

“ Dia mengetahui apa yg ada di langit dan di bumi, dan mengetahui apa yg kamu rahsiakan dan apa yg kamu nyatakan. Dan Allah Maha mengetahui segala isi hati.” 64:4

Dan iman saya bertanya lagi adakah saya akan terus mencintai Dia andai diri ini diuji sebegitu rupa?
Adakah saya hanya menjadi hambaNya yang bersyukur apabila nikmatnya melimpahi hidup ini? Dan kemudian berpaling daripadaNya apabila tiba masanya untuk Dia menguji iman hambaNya ini?
Adakah saya akan terus istiqamah melazimi ibadah yang saya lakukan andainya telah tertulis ujian seberat itu untuk diri ini?
Adakah saya akan berasa manis lagi duduk di atas tikar sejadah?
Adakah hati saya akan terus tersentak dan merasa tertampar dengan peringatan-peringatan yang diselitkan dalam surat cintaNya?
Adakah hati saya akan terus mengalami musim bunga apabila ayat-ayatNya yang menyeru orang-orang yang beriman ke syurga menyapa pandangan mata?

Adakah~
Adakah~
Dan saya terus ‘ber’adakah~

All in all, perjalanan yang agak memenatkan itu, alhamdulillah, Allah tidak jadikannya sia-sia. Perjalanan yang membuatkan saya berfikir. Sebenarnya, dalam hidup kita ni, banyak je yang Allah nak kasi tarbiyah kat kita, cume kita sering memilih untuk meng’categorize’kannya sebagai pandangan yang biasa. rugi je kan...

If u are given two choices; profit and loss, which 1 will be ur choice?
Of coz la profit
Why?
No one in thiz world want that loss my dear
Ahaaa~ really???

“Dan engkau tidak akan dpt memberi petunjuk kpd orang yg buta (mata hatinya) dari kesesatannya. Dan engkau tidak dpt m’perdengarkan (petunjuk Tuhan) kecuali org2 yg beriman dgn ayat2 Kami, maka mereka itulah org2 yg b’serah diri (kpd Kami).” 30:53

Jom beriman dengan ayat2Nya! (^_^)

4 comments:

aimirokis said...

love this auni.

khadijah said...

like ini juga!

atiqahazmi said...

bak kata signboard besar yg sye nampak ketika bas yg saye naik semalam nak masuk ke lebuhraya PLUS, "Kekuatan sebenar kita terletak pada hati". MasyaAllah, hebatnya pak cik tu. Mulanya, tqah x setuju dgn kata2 board besar tu. Bukan ke kekuatan sebenar terletak pada iman? Hmmm...ok, saya buat kesimpulan skang; Kekuatan sebenar terletak pada hati yang dipandu oleh iman. Boleh ke camtu?

azza said...

betowl, tqah!!