Thursday, September 30, 2010

19 tahun, apakah ertinya?

Alhamdulillah (segala puji bagi Allah yang pengasih dan penyayang terhadap hamba-hambaNya).

Pada saat hamba-hambaNya lalai, masih dihujani nikmat dan mahfirah (keampunan)

19 tahun, apakah ertinya?

Hari ini, genaplah 19 tahun 2 hari saya hidup di muka bumi Ilahi ini.

Perjalanan hidup yang bertukar tempat sejak kecil hingga kini masih membuatkan saya

.:berjalan-jalan di bawah naungan Ilahi

.: berlari-lari di bawah naungan Ilahi

.: bermain-main di bawah naungan Ilahi

.: bertungkus lumus di bawah naungan Ilahi

Hakikatnya, walau di mana jua saya berjalan, berlari, bermain dan segala perbuatan saya dalam jangka masa 19 tahun ini, semuanya berlaku di bawah naungan Ilahi. Dia, Allah, Tuhan yang Esa, yang saya sembah dan saya harapkan pertemuan denganNya suatu hari nanti, InsyaAllah...

Saya yang tiada sesiapa ini dipelihara olehNya sejak saya mula diciptakan hinggalah kini.

Pernah suatu ketika dahulu, sewaktu saya dalam area darjah tahun, saya terjatuh basikal dan kepala saya dibasahi darah. Hampir-hampir saya harus menjalani operation, tapi oleh kerana saya yang keras kepala membantah, luka tersebut pun baik sendiri biarpun parutnya masih di situ.

Cop! Luka tersebut baik sendiri????

Bukan...bukanlah luka tersebut yang baik sendiri, tetapi Allah lah yang memulihkannya...tetapi, apalah yang kanak-kanak kecil ini faham tatkala itu. Apalah yang difahami oleh jiwa kanak-kanak yang masih ingin merasai keseronokan bermain basikal tentang erti kasih-sayang Allah...tidak terjangkau dek akal....

Tetapi, kini, kanak-kanak yang jatuh basikal tu dah meningkat dewasa. Sudah mampu menilai dan berfikir. Sudah merasakan kebasahan apabila hati teringatkan Dia. Sudah merasakan ketenangan hati apabila lidah menyebut kalimah-kalimahNya. Tentunya ada sebab mengapa Dia masih membenarkan diri ini masih bernafas. Sedangkan di luar sana, ada saja insan-insan yang dipanggil untuk masuk ke alam kubur dek kerana asbab yang ringan. Terasa seperti menjadi hamba pilihan. Hamba pilihan untuk meneruskan hidup dan melaksanakan tujuan hidup seorang insan yang sebenar.

Tujuan hidup? Apakah~

The formula is potassium Iodide (KI). K for khalifah and I fro ibadah...

.:khalifah 2:30

“ dan (ingatlah) ketika TuhanMu berfirman kpd para malaikat. “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.” Mereka berkata. “Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?” Dia berfirman, “ Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”

Ya, menjadi seoramg khalifah. Khalifah yang bererti pemimpin. Pemimpin kepada siapa. Seharusnya pemimpin kepada seluruh penduduk bumi agar semuanya tunduk kepada Allah yang satu. Tetapi, sebelum mencapai tahap yang sungguh tinggi tersebut, sudahkan aku menjadi pemimpin kepada diriku sendiri? Ataupun, pimpinan diriku telah pun direbut oleh hawa nafsu dan syaitan? Maka, berlakulah rampasan kuasa oleh syaitan dan nafsu terhadap diri ini memiliki perisai iman yang sangat rapuh. Andai begitu, mampukan aku memenuhi tujuan penciptaanku?

.: ibadah 51:56

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadKu.”

Ya, menjadi seorang insan yang sentiasa beribadah kepadaNya. Namun bukanlah bererti aku membakar segala buku-buku IB dan melangkah keluar dari Kolej Mara Banting untuk menumpukan seluruh kehidupanku pada solat dan puasa tanpa henti. Bukankah Islam itu is the way of life. Satu cara hidup. Cara hidup. Cara hidup. The components of hidup are makan, belaja, bekerja, berkomunikasi dan sebagainya. And all the components lah yang perlu diislamkan agar menjadi satu ibadah. Dan tentunya niat yang disertai harus suci hanya keran Dia. Sudahkan aku mencapai tujuan hidup aku yang ini?

“sudah”

“anda pasti”

“insyaaLLAH”

“apa buktinya.”

“saya buat semua kerana Dia”

“semuanya?”

“ya, semuanya.”

“makan pun?”

“ya, saya baca Bismillah...”

“is that enough?”

“i guess”

Guess??? Bolehkah hanya sekadar guess-guess . okey, ignore. Mungkin the choice of words yang bermasalah. Hakikatnya dalam hidup ni, kita mungkin bermasalah dalam pemilihan kata-kata. Tetapi apalah yang ada pada susunan huruf yang membentuk sebuah ayat. Tapi, yang lebih merisaukan adalah bermasalah dalam menentukan tujuan hidup. Just imagine andai tujuan hidup masih kabur, apa sahaja susunan fragmen kisah diri yang membentuk sebuh kehidupan akan pelik jadinya.

Maka,

insyaAllah, usia 19 tahun yang mewarnai details peribadi saya akan dijadikan tongkat untuk mencari erti umur 19 tahun itu sendiri.

Saya tidak mahu ketinggalan bersama para pemuda yang berkejar-kejar mencari redah Ilahi dalam usia yang muda. Saya mahu jadi seperti Sultan Muhammad al-Fateh. Saya mahu jadi pemuda Al-Kahfi. (tidak layak rasanya mengucapkan impian yang hebat ini)

“kita hidup untuk mati. Kita mati untuk bertemu dengan Allah”

“dah ready blom?”

“dah...baju dah pack. Buku2 x bawa. Save e-book je kt dalam laptop. Baju sejuk beli kat sana kot. Murah sket.bla...bla..bla... (seorang student yang sdg buat preparation untuk fly oversea terus berkata-kata)”

“la...bukan yg tu.”

“dah tu.”

“dah ready nak jumpe dgn Allah?”

“...(speechless)”

“adik, dpt fly ke oversea tu belum pasti. Tapi bertemu dengan Allah tu sgt pasti.”

.Renung2kan dan selamat bermuhasabah.

^_^

6 comments:

atiqahazmi said...

salam auni sayang, masyaAllah....what a masterpiece. tajuk auni hampir sama pula dgn tajuk saya hari ni. mmg antenna kita mengeluarkan frequency yg sama, kan2? kanak2 tu sgt comel, comel sampai skang :) jazakillah

Farah said...

Selamat hari jadi AUNIIII. <3

aunihannan. said...

tqa-waalaikumussalam~i've read ur post btw taw... hehe i dunno y smnjak 2 menjak ni terpk balik psl asal usul kita...from where we begin n towards what we r going...tqa, kekalkan kemantapan antenna kita ek...huhu jom ajak yg len2 1...;)
farah-tq so much farah...;)

Sachi Asukai said...

sayangku auni, ALLAH SELAMATKAN KAMU...may u've a wonderful n blissful day on this week.may Allah bless you dear..rindu sgt2 nak jumpa auni.tapi,apakan daya.hanya boleh menatap sekeping gambar yang auni berikan dlu.love u sis!smg panjang umur n murah rezki selalu.:)syg auni sgt2!

aunihannan. said...

thank u my dear sis yg dah lame gile x jumpe...:p ameen2...mudh2an Allah slmtkan auni dr segala bahaya dunia dan akhirat....k.tiqa, nak hadiah!!! hehe3 wo aini 2,3,4....;)

Anonymous said...

rasanya ada lagi satu function kita
daiulllah (kuntumkhairun umatin ukhrijatlinnas.....)
Hamba Allah