Saturday, October 23, 2010

.:awak, awak dan awak:.

Assalamualaikum.
Hye.
Sihat?
Awak, awak dan awak.
Alhamdulillah.
Apa khabar iman?
Awak, awak dan awak.
Eh, kenape diam je.
Emmm.
Orang kata diam tu sign positive.
Hope so.
Untuk diri ini juga.
insyaAllah.
;)

Awak, awak dan awak=kawan2 saya.
Kawan2 saya=insan2 yang pernah mewarnai hidup saya.
Insan2 yang pernah mewarnai hidup saya=sentiasa ada di sini. H.A.T.I

X kisah la awak kawan saya tyme 5 tahun, 10 tahun, 15 tahun atau 19 tahun. And in between those years.

Semuanya. Walaupun kita hanya bertukar senyuman. Bertukar cerita pendek tyme terserempak kat tengah jalan. Walaupun hanya itu.
Ya, walaupun hanya itu.

Sampai sekarang.
Dan syurga. (InsyaAllah)

Hakikat sekarang yang tak dapat kita nafikan. Mungkin kita tidak bersama seperti dulu. Kerana awak, awak dan awak jauh. Saya kat Banting. Awak, awak dan awak bukan di Banting. Dan, even awak, awak dan awak ada di Banting, kita saling dihambat kesibukan sendiri.

Untuk awak, awak dan awak yang bukan di Banting, ketahuilah ukhwah itu tidak dibatasi dengan tempat mahupun masa. Kerana Ukhwah itu terjalin di hati. Hati yang dipegang oleh Dia. Walaupun kita jauh. Andai tali yang menghubungkan kita dengan Allah utuh dan kuat, Allah pastinya akan terus menghubungkan kita semua. Percayalah. Sebab Allah lah yang memiliki hati-hati kita. Awak, awak dan awak, maaflah atas hak-hak awak, awak dan awak yang saya abaikan. Tiada khabar dari saya untuk awak dan tiada khabar dari awak juga yang saya cari. Andai mesej yang dihantar, pendek sangat dan hanya sekadar forwaded message yang sweet. Andai kita terserempak dan kita tak sempat nak bercerita lama seperti waktu dulu.

Untuk awak, awak dan awak yang ada di Banting, ketahuilah ukhwah itu tidak dibatasi dengan kesibukan sendiri. Walaupun kita masing-masing buzy. Dengan assingments dan segalanya yang menjerat kita di sini. Tapi, dalam kesibukan yang menjerat ini, betapa bersyukurnya saya kepada Dia sebab kita masih sempat mencoret kenangan manis bersama. Mungkin kita jarang dapat bersama, tapi moga ingatan tetap di hati. Dan juga dalam doa kita. Macam yang pernah kita belajar, doa tu kan senjata orang mukmin.

Awak, awak dan awak.
Terima kasih yang tak terhingga.

Awak, awak dan awak.
Saya tak menjanjikan apa-apa yang membolehkan ukhwah ini akan terus utuh dan segar.
Tapi kita ada Allah untuk kita minta.
Jom kita doa kat Allah, hati kita akan terus dihubungkan.

Sampaikan...
Ketika awak, awak dan awak sedih, saya, kami dan mereka dapat merasakannya.
Ketikan awak, awak dan awak susah hati, saya, kami dan mereka cepat-cepat datang maniskan mukan depan awak, awak dan awak agar awak, awak dan awak tersenyum semula.
Ketika awak, awak dan awak gembira due to something, saya, kami dan mereka akan menjadi insan-insan yang lebih gembira dari awak, awak dan awak.

DAN

Ketika awak, awak dan awak sedang berdoa untuk saya, kami dan mereka, saya, kami dan mereka turut mendoakan awak, awak dan awak.

Tiada yang mustahil. Asal sahaja kita jaga ikatan kita dengan Dia, InsyaAllah, Dia akan jaga hubungan KITA.

Awak, awak dan awak.

Kejauhan awak, awak dan awak dari saya kerana limitation masa, tempat mahupun kesibukan, InsyaAllah tidak menggugat kedudukan awak, awak dan awak dalam hati saya.

Tapi, kalau awak, awak dan awak jauh dari Dia, tergugatlah keyakinan saya dengan ukhwah ini.

Maka,

Awak, awak, awak, saya, kami dan mereka MESTI, HARUS, WAJIB check balik ikatan kita dengan DIA.

Awak, awak dan awak,
Saya x nak ukhwah kita sekadar di dunia yang sekejap ni.
Saya nak ukhwah ni sampai ke syurga.
Sebab kat sana, hidup kita tiada penghujungnya.
Mungkin kita kena bersusah-susah dahulu kat dunia yang sekejap ni untuk sampai di syurga, tapi itu sahaja yang akan membolehkan kita mendapat redhaNya.
Kita susah sama-sama kat dunia yang sekejap ni,
Then, kita happy sama-sama dengan redha Allah nanti ye.

Sabar itu perlu.
Sbb...
Antara kata-kata yg diucapkan untuk penghuni syurga ialah
“selamat sejahtera atasmu kerana kesabaranmu”
[surah Ar-Ra’du, ayat 24]
;)
ingat ni...
[biar awak jauh dari saya, tapi jangan jauh dari Dia.]
(^_^)

2 comments:

aimirokis said...

auni~!!!
saya suka entry ini!!!

aunihannan. said...

;) aimi, awak la antara awaks yg sy mention tu!!! ;)