Tuesday, April 9, 2013

tense. senyum.





bismillah :) moga menjadi ibadah :')

"auni, awat sekarang muka dah  lain?"
"erkkkk, nape???"
"macam makin tense."

sobss. memang apa yang di dalam akan terkeluar juga. cepat atau lambat. acute atau chronic. asymptomatic to symptomatic.

"ok tak?"
"hmmm. ok je. cuma trying to put things into places."

minta maaf kawan-kawan sebab muka ni kadang-kadang terkelihatan tense. tak berniat untuk. tapi nak buat macam mana, muscle muscle ni nak jugak contract dan menghasilkan kerutan di dahi dan mata. =.='

*reflecting*

back to Allah. kan.

walau secantik mana pun kain tu, kalau dah terkoyak rabak, huduh jugak. huduh sangat. kasi free pun orang tak nak.

hati kita ni secara fitrahnya suci. bersih. daripada dosa-dosa.
ruh kita ni secara fitrahnya sangat dekat dengan Allah. bukankah Allah yang meniupkah ruh2 kita ke dalam jasad2 kita?
dekatnya kita dengan Dia.
tapi sayangnya, di dunia, setelah kita lahir dan membesar dan melalui pelbagai episod dalam kehidupan, ruh itu semakin jauh daripada penciptaNya.
secara sedar mahupun tidak.

kat luar, orang  nampak smart je.
tapi hanya Allah yang mengetahui kondisi hati kita yang sebenar.
smart kah?

kalau rasa hati kita dah koyak rabak, Allah lah yang akan mencantumkannya semula.
dan kita. jahitlah dengan penuh kesabaran.
[dalam dunia realiti pun, menjahit itu seksa!-saya yang tak suka menjahit]

seteguk kesabaran untuk redha Allah, moga kita tidak kikir.
BERSABARLAH! :)  :) :)


"Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah" 74:7
"Wahai jiwa-jiwa yang tenang..." 89:27-30
"dan barangsiapa yang berjihad untuk mencari keredhaan Tuhannya..." 29:69
"bersabarlah, bersiap siagalah..." 3:200
dan ayat ayat ini terlintas di fikiran, bagaikan terngiang-ngiang di telinga, dan moga berlandas di hati.

nak berkempenlah, jom senyum!!!
senyum dari hatiiiiiiiii, bukan hanya contraction of muscless :P
senyum macam ni pun boleh, as long as daripada hatiiiii :)

because



dan Rasulullah pernah berpesannnnnnn

kesimpulannya,
jahit hati> senyum
betulkan iman> manifestasi iman

iman dan senyum. :)

No comments: