aku tak melihat ke luar, tapi aku pasti ada bintang yang berkelip-kelip.
indah bukan!
ya Tuhan, nikmatMu yang mana yang ingin aku dustakan?
Katakanlah lagi: "Terangkanlah kepadaku, jika Allah menjadikan untukmu siang itu terus-menerus sampai hari Kiamat, siapakah Tuhan selain Allah yang akan mendatangkan malam kepadamu yang kamu beristirehat padanya? Maka apakah kamu tidak memperhatikan?“ (Surah Al-Qashash, ayat 72)
ya, aku tak akan mampu! itu sudah pasti!
mereka tak akan mampu! biarpun mereka angkasawan atau scientist hebat di alam semesta!mahupun Tuhan-tuhan yang mereka dakwa sebagai tuhan mereka.
maha suci Engkau yang memiliki segala kemampuan dan kekuatan, ya ROBB!
banyak sungguh isu di dalam kepala yang sederhana kecil ini. bercampur. melintang dan menegak. mahu ku susun satu persatu. sangat mahu! sebab aku tahu muslim yang hebat itu tersusun urusannya. *aman*
yang pasti, hati ini sedang mencari. mencari apa? *unsur suspen seketika*
mencari rasa.
aku memang seorang perasa. jika kamu allergic, sila bersabar. andai tak mampu untuk bersabar, suke hati kamu nak buat apa. *aman lagi*
sebab aku orang yang perasa, aku akan cuba mencari rasa dalam setiap apa yang aku lakukan. sudah tentu bukan rasa pahit. [pahit itu juga rasa].
aku mencari rasa bahagia.
[seperti kata ramai orang: walawehhh]
silalah berwalawehh, aku tak kisah. agak jiwang karat, tapi, sekali lagi, *aman*
aku sangat tahu kerja ini tak menjanjikan bahagia di setiap jarum saat yang berdetik. tidak sekali. tapi, dengan izinNya, kadang-kadang aku mampu merasakan bahagia itu. kemanisan itu.
merasa manis tatkala aku harus memerah kepala bagaikan memerah santan untuk mendapatkan patinya.
merasa manis tatkala aku harus mendisiplinkan diri untuk membuka yahoo! mail.
merasa manis tatkala aku harus menjadi seorang muslim yang sangat mantop. fuh. menunaikan setiap hak. fuh.
*peluh kecil menitik*
di saat manis itu hadir, indah! seindah malam ini. walaupun aku tak melihat ke luar.
bagaikan musim autumn. daun-daun, bunga-bunga ber'fastabiqul khoirats' untuk gugur. menyediakan pemandangan yang cukup indah untuk mata-mata yang melihat.
tapi, boleh jadi, rasa itu lesap. hilang tanpa jejak. tidak meninggalkan kesan. langsung.
*menoleh ke kiri dan ke kanan*
di saat musim kemarau menyapa, hilanglah rasa manis. hilanglah rasa bahagia itu. dan hati bagaikan seketul daging yang tiada fungsinya. dibawa ke sana dan ke mari tapi, hampir mati. kasihan hati...
hati sedang nazak!
hati mengharap sang tuan sedar kondisinya dengan symtom2 yang ditunjukkan.
keadaan semakin genting!
sang tuan buntu.
tahu ada sesuatu yang tidak kena, tapi, tidak tahu apa masalah sebenar.
hati semakin tenat!
hati menjerit!
hati menangis!
tapi
kerna Dia pemilik hati sebenar, diizinkan untuk sang tuan menyedari kondisi hati yang hampir mati.
'menyedari' itu satu nikmat!
sebenarnya
Dialah yang mencabut rasa itu sebab Dia ingin sang tuan menjaga hati pinjamanNya. *bagai menatang minyak yang penuh*
sebab Dia ingin sang tuan hati bertemu denganNya, membawa bersama hati yang bersih. bersih. bersih.
pemilik hatiku: Allah:) |
No comments:
Post a Comment