perjalanan yang baru bermula. [baru kerr??]
.SUMMER 1.
Dublin-Malaysia
Alhamdulillah, saya dah menjejak tanah Malaysia selama 7 hari. Segala puji bagi Allah. ^^ perjalanan yang berjam-jam tapi tak kan lupa. ini serius! >.<
paling best! moment di dalam flight ^.~ bukan sebab saya duduk di sebelah orang yang best [e'eh, bleh plak?] tapi sebab saya duduk di tepi tingkap! [maka??? ]
sabar~
saya dan yang lain terbang di awan biru ke malaysia waktu fajar. waktu tu matahari mula nak naik. dan saya tengok sendiri matahari tu naik!!! subhanallah, cantik sangat!!! [nangis sekarang T.T] dengan lapisan awan yang sangat cantik, sampaikan saya tak mampu nak ceritakan di sini. [ erk]
tahu tak, kalau kat atas sana, kita mcm berada di dunia lain. i would say, lautan awan. lautan awan yang akan membuatkan orang-orang yang melihatnya ternganga besar sebab kagum sangat!! >.<
sinaran matahari yang cantik warnanya dan lautan awan yang berkepul seperti marshmellow membuatkan saya tak berkelip mata memandang. saya pandang je matahari tu tapi sampai satu tahap ni, saya tak mampu dah ~.~ cahaya matahari tu terang sangat!! maka, saya pun curi-curi pandang [masih gigih] dengan merapatkan dan menundukkan kepala saya ke tingkap sehinggalah hanya separuh daripada mata saya yang melihat sinaran matahari tu. [faham ker?=p]
[mengabaikan apa yang orang sebelah saya fikirkan tentang saya =p]
waktu tu, terfikir dua benda:
1. saya teringatlah kisah yang kat syurga nanti kita akan dapat melihat wajah Allah, Pencipta kita [say ameen]
and ada satu hadis ni yang saya baru baca tadi:
Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Jarir bin Abdullah yang berkata dengan maksudnya:
"Kami sedang bersama Rasulullah s.a.w ketika melihat bulan purnama. Beliau berkata: "Sungguh, kalian akan melihat Rabb kalian sebagaimana kalian melihat bulan yang tidak terhalang dalam melihatnya. Apabila kalian mampu, jangan kalian menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari subuh dan solat sebelum terbenam matahari [Asar], maka lakukanlah."
and dalam Quran Allah cerita:
"Wajah-wajah [orang mukmin] pada hari itu berseri-seri. memandang Tuhannya." 75:22-23
yes! i'A kita boleh berjumpa dengan Allah, bercakap-cakap dengan Allah, dan melihat Allah. [jom check amalan!]
sewaktu terpana dengan kecantikan matahari tapi akhirnya saya tak mampu untuk terus melihatnya disebabkan sinarannya yang terang sangat, saya terfikir mungkin di akhirat nanti untuk melihat wajah Allah tu somehow saya tak mampu sebab cantik sangat! indah sangat! Sebab Dialah yang mencipta dan pemilik semuuuuuaaaaa kecantikan yang ada di muka bumi ni. sedangkan memandang benda cantik kat dunia pun kita dah tak keruan [erk] apatah lagi pemilik dan penciptaNya.
.: kecilnya saya, besarnya Dia!:.
2. saya lupa. =.=' astagfirullah. mungkin Dia tak kasi saya share sekarang. nanti kalau dah ingat, saya sambung cerita ni okay!
itu kisah di dalam flight.
[eh, tak habis lagi ker?? haish maka, sila buat kerja lain yang lebih bermanfaat sekiranya ada.]
dan kisah saya di dunia realiti Malaysia pun bermula. nothing much. menjejak kampung halaman, bertemu saudara-mara untuk menjalinkan semula ukhwah yang terputus selama 10 bulan [over! FB ada kot~ hurm] dan akhirnya kembali ke rumah.
walaupun ini CUTI summer, tapi saya sangat faham tiada istilah CUTI untuk menjadi seorang Muslim. insyaAllah sedang bermujahadah untuk bermujahadah ketika cuti ni.
moga cuti ni tak membuatkan saya berfikir diri sendiri sahaja.
moga cuti ni tak membuatkan saya makin lesu dan lemau dalam tarbiyyah.
moga cuti ni tak membuatkan saya lari daripada apa yang harus saya buat.
[bak kata seorang sahabat saya, tutup mata, dan buat! insyaAllah, keajaiban! -salim A.Fillah]
dan moga cuti ni akan membuatkan saya semakin dekat dengan Dia.
ameen :)
hari ni uskab [ala-ala gathering yang cool dan terisi] pertama di klcc dan bertemu dengan sahabat baru dari Indonesia.
dan saya berkata kepada Dia "Ya Allah, sungguh aku tak tahu amalan yang mana pada hari ini yang Kau redha."
dan hati kecil saya berbisik. "moga ada."
*penuh harap*
|
No comments:
Post a Comment