Monday, January 16, 2012

Turki 1

doaku pada Dia, agar apa yang ku tulis ini memanah hati ini terlebih dahulu sebelum kamu yang membaca. ya, kamu. :)

saya dah balik dublin! Alhamdulillah walaupun agak basi di situ. :p

setelah hampir seminggu menjejak bumi Turki, jasad ini harus dibawa terbang ke Dublin. hati ini tertinggal di Turki? [mungkin...]


di Galata Tower.
saat mata ini menyaksikan selat Bosphoros, Marmara Sea dan Golden Horn. terus terbayang bagaimana pada tahun 1453, 70 kapal belayar di daratan untuk membasahkan tanah Konstantinople dengan siraman Islam yang menghidupkan jiwa-jiwa yang mati.
Istanbul.
tanah yang menyaksikan sebaik-baik raja yang memimpin sebaik-baik tentera.
tanah yang mendengar derapan kuda sebaik-baik raja yang malamnya tidak pernah sunyi dengan pertemuan dengan Pencipta.
tanah yang menyimpan jasad Abu Ayyub Al-Ansori yang beriman teguh dengan ayat 9:41

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

sahabat Rasulullah ini masih berangkat ke medan perang demi membebaskan kota Konstantinople daripada kekufuran biarpun usianya telah menjangkau 80 tahun.
berangkat, dengan rasa ringan mahupun berat...
kerana jiwa yang rindukan syurga itu tidak pernah tua!
kerana jiwa yang merindukan PenciptaNya itu sentiasa muda!
tidak hilang dimamah usia...
tidak sirna ditelan masa...

dan, siapa aku?
Sultan Muhamad Al-Fateh?
mungkin jauh sekali...
Abu Ayyub al-Ansori?
aku masih merasakan 'berat' itu...

lalu...
siapa aku??

dan aku sendiri tahu jawapannya...

TAPI, bukankah musafirku ke bumi Konstantinople untuk mengutip kekuatan yang Dia tabur di sepanjang perjalanan?..
moga cukup apa yang ku kutip.
sebagai bekalan untuk meneruskan perjuangan di bumi bukan Konstantinople.
hingga ke detik akhir degupan jantung ini.
insyaAllah...:')

nota kaki: mungkin akan bersambung





5 comments:

mustapha syuhada said...

semalam baru nak hantar message kat fb.. mintak auni update jaulah!!! tgk2 auni dah update!! tapi update lah lagi.. wah demand!! jaga diri baik2 =)

silentdreamer said...

bestnyee dpt menjejakkn kaki di bumi turki! seyes, ak rase sgt jeleesss T_T

jd anda berhutang 1 pengisian bmkna / post di blog anda ttg jaulah ke sana :)

hee..

Unknown said...

baiklah syudud n bella... kene masuk to-do-list nih...:P

Tawazun said...

<3

wawa amal said...

nak pergi jugak!!