Monday, December 5, 2011

dunya.akhirat.

"kerana kita tak tahu apakah sebenarnya kerja kita, dan kita tak tahu kerja manakah yang betul buat kita, maka kerjakanlah apapun selagi tak melanggar perintahnya."
-quoted-

teringat kata-kata seorang sahabat: lepaskanlah aku daripada kesempitan dunia dan kurniakanlah aku keluasan akhirat. [seingat saya...]

saya suka sangat doa ni!

true! dunia ni sempit. limited. kurang space. [siapa setuju, sila sengih :D]

Dunia. [saya ingin bercakap tentang dunia. wah!]
bagi saya dunia ni sempit sebab hidupnya kita bila kita dilahirkan. [hepi birthday to you...] kemudian, kita dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh. kita mula merangkak. berjalan dan akhirnya berlari! dan kita mula mengenali alam persekolahan. tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. kemudian, hidup kita mungkin menghampiri klimaks apabila kita memasuki alam university a.k.a university life...wuhuu~ kemudian, mungkin kita akan bekerja, kahwin[??], memiliki sebuah keluarga di mana kitalah manusia yang paling dewasa di dalamnya. beberapa tahun kemudian, kita mungkin memiliki cucu dan cicit. ini bermakna, kita telah pun tua. e'eh! sekejapnya! see~ i told ya... after kita tua, mungkinkah kita akan muda kembali? no.no.no maka, semakin hampirlah tamatnya riwayat hidup seorang insan yang bernama ___________ [fill inthe blank] that's it. hurm~

akhirat. [saya ingin bercakap tentang akhirat pula. T.T]
akhirat ni kekal. luas. no limit. tiada pengakhiran. akhirat ni ghaib, means, kita tak nampak. tapi kita YAKIN kan? :) akhirat ni satu dunia yang Allah cipta untuk kita hidup selama-lamanya di dalamnya. dan kita hanya ada 2 pilihan untuk hidup di alam akhirat ni. hidup bahagia di syurga ataupun hidup derita sengsara di neraka. the choise is ours.kalau kat syurga, kita akan kekal muda. "tidak perlukan cream anti-penuaan" :P dan kita kan ditenggelami nikmat. FFC? sungai yang mengalir di depan mata? semua ada. petik jari je! dan yang paling best, sebab kat syurga, kita boleh jumpa Dia. :) jumpa Allah. :) tapi...kalau kat neraka, kita kan diseksa berterusan. bila seksaan dah tahap giga mega dan kita hampir mati, kita akan dihidupkan kembali untuk kita merasakan lagi kesakitan daripada seksaan tu. ngeri.

dunia dan akhirat? kaitannya?
tempoh untuk kita memilih sama ada untuk hidup di di dalam syurga atau di dalam neraka tu bukan bila dah sampai kat alam akhirat nanti. TETAPI kita harus memilih sewaktu kat alam dunia lagi. which is SEKARANG. yup, NOW! sebab, bila kita dah masuk kat alam akhirat, peluang untuk memilih itu telah pun ditutup oleh Allah. No compromise.

memilih? macam mana tu?
kalau kita pilih untuk menjadi ahli-ahli syurga, maka, kena la jadi hamba Allah yang baik di dunia. hamba yang beribadah setiap masa, dengan perbuatan mahupun hati dan hamba yang melaksanakan tugas yang Allah dah tetapkan untuknya di dunia. dan, kalau kita pilih untuk menjadi ahli neraka...erk. saya tak rasa perlu untuk menulis sebab tiada seorang pun yang sanggup untuk masuk neraka kan...
ironi apabila...
kita mahu masuk syurga, tetapi kita tak bersungguh-sungguh untuk memasukinya. kita tak mahu masuk neraka, tetapi kita tak bersungguh-sungguh menjauhi diri daripadanya. macam mana ni??
mungkin kuncinya ialah: MUJAHADAH!
mujahadah tu antara maksudnya ialah "menahan nafsu daripada kesenangannya." diri kita selalu nak berehat-rehat, bermalas-malasan dan yang sewaktu dengannya which sangatlah berlawanan dengan ciri-ciri orang yang nak masuk syurga tu. orang yang nak masuk syurga tu, keinginan dia tu akan menjadi minyak pelincir untuk dia buat kebaikan dan menjadikan seluruh hidupnya satu ibadah, bukan sekadar satu hari yang akan menambah ketuaan dirinya. walaupun kadang-kala rasa penat dan lelah untuk menjadi hamba yang baik, tapi dia tetap tega membisikkan dalam hati: "MUJAHADAH __________[fill in the blank]!"
Allah pun dah inform awal-awal:
"dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan , kalau mereka mengetahui. " [al-Ankabut:64]

see!
maka, kita kena ingat bahawa: hidup kita yang sekejap ni akan menjadi penentu untuk akhirat yang selama-lamanya.
so, better measure twice or more cz u gonna cut only once. :) -also, quoted-

1 comment:

kakak said...

thanks adik.. its sweets!