Monday, December 26, 2011

*1

walau siapa pun kamu.
a teacher? an engineer? a student? dan lain-lain.


tujuan saya dan kamu diciptakan SAMA. ok, jom kita refer manual kehidupan [Al-Quran]! ^^ apa yang Allah bagitahu sebenarnya ek?

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu." [51:56]

maksudnya, kita diciptakan untuk beribadah kepada Allah semata-mata. itu pasti. :) orang yang berlari akan dipanggil pelari. maka, orang yang beribadah dipanggil apa ye? ABID? ya...mungkin benar. [sila refer dictionary] ABID tu membawa maksud HAMBA. hamba kepada siapa? kepada Allah semestinya...:)


simple bukan? :) maka status kita sekarang: hamba Allah. ini bermakna di mana sahaja kita berada, walau apa sahaja yang kita lakukan; memasak, berkerja, berjalan, status sebagai hamba Allah itu harus betul-betul kita jaga. menjadi hamba Allah akan membuatkan kita berhati-hati dengan setiap tindakan kita. sebab kita faham bahawa Allah yang hebat sedang memerhatikan kita;walaupun kita masuk bilik, kunci pintu dan tutup lampu. CCTV pun tak sehebat itu.
yang penting, kita bukan sahaja menjaga status sebagai hamba Allah tu, tapi turut memelihara jiwa seorang hamba tu. siapa kata senang, angkat tangan? c! no 1 angkat tangn! memang susah. sangat susah! ketika kita diberikan nikmat oleh Allah dan orang sekeliling menghamburkan pujian melimpah ruah, hanya orang yang memiliki jiwa hamba sahaja yang hatinya langsung tidak terdetik perasaan bangga. sebab dia faham bahawa nikmat yang dia dapat tu, tuan dia yang kasi; Allah. kenapa ingin berbangga dan kembang sehari semalam?


cubalah bertanya kepada mana-mana hamba kepada manusia [kalau wujud] yang ada di atas dunia ni. apa perasaan dia sebagai seorang hamba kepada tuannya. mesti dia akan jawab; takut kalau tak buat kerja betul2, nanti tuan marah, kagum dengan tuan dia yang banyak duit etc. dia rasa sangat hina kalau nak dicomparekan dengan tuan dia dan lain-lain.

ya! perasaan-perasaan itulah yang kita harus ada terhadap Allah. rasa takut apabila terbuat dosa. rasa kerdil dengan diri sendiri yang insignificant jika ingin dibandingkan dengan kekuasaan Allah yang tiada siapa boleh lawan. dan rasa2 lain yang *speechless*.

ketahuilah, menjadi hamba kepada manusia akan membuatkan kita sangat hina. TETAPI menjadi hamba [sebenar-benar hamba] kepada Allah akan membuatkan kita sangat mulia. :)
sebenarnya, kita semua hamba Allah, tetapi pilihan untuk menjadi mulia iaitu dengan menjadi sebenar-benar hamba itu terletak pada kita.

*mungkin akan bersambung...
note: saya memang tak pandai menulis, tapi saya nak share apa yang saya rase :) maaf, atas ayat yang putar belit. :P

2 comments:

shazwan said...

=) mkin rasa dr sbg hmba,mkin rse nikmat hmpir dgn Allah

Tawazun said...

=)