Monday, September 12, 2011

virus iman!

dia kata..."iman itu yang akan melahirkan kata-kata yang benar, langkah yang benar dan pandangan yang benar."
dia kata..."iman itu mutiara, dalam hati manusia...[sambung sendiri, sila recall lagu raihan ni. hee~]

dan aku kata..."iman tu kadang-kadang sihat, kadang-kadang sakit. iman tu kadang-kadang muncul, kadang-kadang hilang."

yang pasti, iman tu ada je dalam hati setiap insan yang bergelar manusia.[eh, kita semua manusia kan?] cuma mungkin iman saya selalu je demam. tapi iman awak fit and healthy. mana boleh jadi!

sebab bukan best ade iman yang selalu demam dan selsema ni. sakit je walaupun nampak sihat. sengsara je walaupun nampak bahagia. iman ni sangat senang diserang oleh virus. contohnya, kalau ikhlas tu dah hilang. [hey, i've experience this!]

kalau ikhlas tu hilang, lari la sampai NortH America pun, awak tak kan jumpe ketenangan tu, which ketenangan tu ialah sahabat baik kepada iman. mereka selalu bersama. dan akan selalu bersama sampai bila-bila.

kalau awak tak ikhlas, awak akan sibuk memikirkan pandangan manusia dan awak mengharapkan kebaikan manusia. nyata, IKHLAS itu bukan begitu. ikhlas itu awak hanya mengharapkan DIA untuk setiap perkara yang awak lakukan. [jom reflect diri sekejap!]

ikhlas tu bila awak buat satu kebaikan dan awak tak mengharapkan balasan daripada sesiapa. kalau awak buat satu kebaikan dan awak mengukirkan senyuman ikhlas tapi dalam hati terdetik "apalaaaa dia ni...mood:sedih" sebab dia tak buat seperti yang awak harapkan, maka...tak ikhlas la tu!!! [selalu jadi kan??]

apa kata kalau lepas ni, kita buat satu kebaikan tu dan kita cakap dalam hati: Ya Allah, moga aku buat ni, Kau kira sebagai satu usahaku untuk dekat denganMu. ^^,

jom.jom.jom.
saya pun nak improve diri!

awak=saya=aku=KITA ^_^

No comments: