Friday, July 1, 2011

+_+

maafkan,
kerna cinta semakin layu,
ingatan semakin lesu,
air mata mula beku.

hanya maaf?
=.='

hamba yang semakin 'haus'
kerna banyak bergerak?
atau kurang bergerak?
banyak bergerak tetapi 'kosong'?
kurang bergerak kerana 'alasan'?

kata-kata itu bermain di ruang mata
mafhumnya: andai cahaya yang kita miliki malap, mana bisa diberikan cahaya yang terang kepada 'mereka'?

lalainya diri membiarkan ia cicir!
T.T

bermulalah pengembaraan...
kembara mencari CINTANYA.
S.E.M.U.LA.

ini...
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: “Sesungguhnya Allah aza wajalla berfirman :”Aku bersama hambaKu, selama ia mengingatKu dan kedua bibirnya bergerak (untuk berdzikir) kepadaKu”.

dan ini...
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis hasan sahih.
Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkanAku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anakAdam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohonampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau,andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datangmenghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakanuntukmu keampunan sepenuh isi bumi.