Friday, July 15, 2011

anak yang baik?

Dengan Nama Allah, Yang Maha
mengasihi,
menyayangi,
mendengar,
melihat,
memelihara.

sudahkah kamu menjadi seorang anak yang baik? dalam pada kamu bercita-cita untuk menjadi hambaNya yang terbaik.kerna bukankah redha Allah terletak pada redha ibu bapamu? pertanyaan yang tidak perlukan jawapan. hanya muhasabah yang diperlukan.

sudahkah kamu menjadi anak yang baik seandainya ketika mereka berkata-kata, matamu tidak sudi memandang wajah yang kian tua itu. seandainya ketika mereka pulang dari kerja, kamu duduk diam dan terlekat di hadapan televisyen @ laptop. seandainya ketika mereka memerlukan pertolonganmu, kamu sambut dengan rungutan dan muka masam. [walaupun cuba disembunyikan...] mereka tidak melihatnya, tetapi Allah melihat~

bukankah cintaMu kepada Dia sudah cukup untuk membuatkan kamu menjadi anak yang baik. Dia menyuruhmu! bukan aku, bukan mereka. kerana Allah ingin kamu diredhai mereka, agar Dia meredhai kamu.

anak yang baik itu bukan sekadar teman tatkala makan. anak yang baik itu bukan sekadar teman tatkala ke pasar. anak yang baik itu tiada yang sekadar. segalanya lebih dari kadar. sahabat. teman. penolong. kekasih. dunia. akhirat.

anak yang baik itu sedar, inilah ibu bapa yang terbaik yang dikurniakan Allah untuknya di dunia. maka, anak yang baik itu akan memastikan segala tindakannya dan doanya ada bahagian untuk ibu bapanya. bukankah ibu bapanya yang melahirkan dan membesarkannya dari kecil hingga dewasa.

anak yang baik itu...apabila Allah telah mengetuk pintu hatinya untuk menyedari salah dan silapnya, akan cepat-cepat tersedar dan memulakan perubahan. kerna anak yang baik itu ingin menjadi anak yang baik kerna dia ingin menjadi hamba Allah yang terbaik! dan anak yang kurang baik sebelum ini ingin menjadi anak yang baik kerna dia juga ingin menjadi hambaNya yang terbaik!

dan anak yang baik itu...andai bertembung pilihannya dan pilihan kedua ibu bapanya, akan dikuatkan hatinya untuk mengutamakan pilihan ibu bapanya kerana dia percaya Allah akan memberinya yang terbaik atas sebab hatinya yang berkorban untuk melihat kebahagiaan ibu bapanya. moga Allah tidak mensia-siakan usaha anak yang baik itu untuk menjadi hambaNya yang terbaik!

And We have enjoined on man (to be dutiful and good) to his parents. His mother bore him in weakness and hardship upon weakness and hardship, and his weaning is in two years give thanks to Me and to your parents, unto Me is the final destination. [31:14]

ya Allah, ampunilah kedua ibu bapaku.
tempatkanlah mereka bersama hamba-hambaMu yang Kau redhai.
tempatkanlah mereka di syurgaMu, moge mereka Kau pimpin dan lindungi, walau di mana mereka berada.

...ameen, ya Allah...

No comments: