Sunday, September 5, 2010

kerana DIA.


kerana Dia, hati tertahan untuk melepaskan kegeraman. instead, cuba mengukirkan senyuman.

kerana Dia, hati tertahan untuk terus melayan kemarahan. instead, lidah dengan redha mengungkapkan kata maaf.

dan sekelip mata, perasaan marah+geram sebentar tadi hilang terbang entah ke mana. hati terisi pula dengan perasaan tenang. tenang kerana Dia yang menggerakkan segala-galanya. Alhamdulillah...

...Ya Allah, terima kasih kerana memahamiku, pada saat terasa diri tidak layak untuk difahami...
kerna aku hambaMu yang kaya dengan kelemahan
kerna aku hambaMu yang mewah dengan kelalaian
...

dahulu kala, sewaktu kecik2, selalu membaca surah Al-Asr selepas habis kelas. even, sekarang pun, after habis kelas ataupun apa2 majlis ilmu, itulah satu2nya surah yang dibaca. pada awalnya, tidak tahu apakah tujuannya. mungkinkah kerna kata keramat "masa" yang terdapat pada awal surah tersebut? Wallahua'lam...

tapi, bacaan tasbih kafarah pada akhir majlis memang diamalkan oleh Rasulullah. dan memang wajar diamalkan oleh kita semua.
mana la tahu, sepanjang majlis/meeting tu berlangsung:
.: ada antara perkataan yang keluar tanpa terlebih dahulu difikirkan
.:ada antara gelak tawa yang berlebihan sehingga menggelapkan hati sendiri
.: ada antara pandangan mata yang terbiar tanpa kawalan hingga terpandang apa yang tidak sepatutnya lebih-lebih lagi kalau majlis yang melibatkan percampuran lelaki n perempuan
.:ada saat-saat ketika yang hati tersasar sekejap mahupun lama daripada mengingati DIA

sbb, pada tasbih kafarah tu membawa maksud:
permohonan ampun kita pada Allah
reference: hadis nabi
diriwayatkan drpd Aisyah RA bahawa apabila baginda bangun drpd majlis, baginda akan membaca ...(tasbih kafarah)
saya bertanya: kenapa tuan sering membaca doa ini?
baginda menjawab: sesiapa yang m'baca doa ini pada penutup majlis maka akan diampunkan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam majlis tersebut

penting sangat ke untuk taw n faham n amalkan?
answer scheme: p.e.n.t.i.n.g
justification: sbb kita tak taw, saat bila Allah akan jemput kita.
sbb kita nak jd hambaNya yang terbaik.
simple formulae:
hamba yang terbaik=pengkhiran yang terbaik
*bonus=pertemuan denganNya, InsyaAllah
;)

No comments: