Sempena hari bapa yang bakal atupun telah menjelang, sengaja ingin ku imbau kenangan yang masih segar dalam kotak ingatanku... kini usiaku hampir mencecah 20 tahun. Bermakna telah 20 tahun aku diberi peluang olehnya untuk menjadikan diriku seorang hamba yang lebih baik dari hari sebelumnya...am i? Juga memberi maksud, telah 20 tahun aku menjadi seorang anak buat pasangan yang kau pelihara kehidupan mereka sejak mereka kecil lagi...lalu mereka bertemu, dan tahun demi tahun, hadirlah kami...kakakku, aku dan adikku...
Kami berlima bersama merentas arus zaman bagikan memanjat tangga. Kami bermula dari bawah dan kerana allah memelihar kami, kami bagaikan dinaikkan oleh allah ke paras tangga yang lebih tinggi walaupun kadang-kadang kami tidak menyedari hakikat tersebut. Aku masih ingat saat umi dan ayah menceritakan kisah waktu muda mereka.
Umi ambil spm di sekolah selekoh, sebuah sekolah di kampungku. Tetapi, oleh kerana umi tidak berpuas hati dengan keputusan spmnya, umi mencuba nasib untuk mengulangi kembali spm di sebuah sekolah agama yang dikenali sebagi ulum. (hikmahnya ketentuan allah ini, umi bertemu dengan ayah di sini...)
Ayahku pula mmg suke kerja sejak kecik lagi. Bak kata ayah: tyme masih merangkak, ayah dah keje kutip telor itik. Keluarga ayahku memang banyak membela haiwan ternakan seperti kambing, angsa dll. Memang banyak pengalaman ayhku. Tanyalah tentang bendalah ni semua, insyaallah...ade la jwpn yg ayh berikan. Dekat ulum tu, ayah saya gtaw, aim pelajar2 tyme tu is pass masok tingkatan empat jek. X lebih dari tu. Dan math menjadi matapelajaran yang menjadi pasak utama. Andai math gagal, selamat tinggal. Masok ke tingkatan empat hanya mimpi belaka. Dan ayahku tidak terlepas daripada membina impian dan harapan untuk memasuki tingkatan empat. Tetapi ayhku, seperti yang telah ku beritahu: ayah ku mmg suke bekerja. Sewaktu belajar di ulum, ayahku memegang beberapa jawatan yang tidak wujud lagi dewasa ini. Di ulum lah ayahku menjadi tukang kebun, ayahku menjadi penolong makcik2 kantin, ayahku mengajar budak mengaji dengan gaji rm100 sebulan dan banyak lagi...tetapi yang anehnya, ayahku masih bergelar pelajar. Memang superb. Dan tentu sahaja ayhku tidak begitu kerap mengulangkaji pelajaran. Cuma ketika exam yang akan menentukan sama ada ayahku lulus untuk masok tingkatan empat atupun tidak, adela ayahku buat lest-minute punye revision. Dan ayhku memberitahu sewaktu keputusan diumumkan, ayahku berjaya! Daripada puluhan kelas tingkatan tiga sewaktu itu, ayahku terpilih! Cz hanya ade satu kelas sahaja yang berjaya masok ke tingkatan empat. Alhamdulillah...walaupun ayhku mengatakan bahawa dia sendiri tidak menyangka impiannya menjadi kenyataan...(aku bagai merasakan perasaanku yang merasakan allah sentiasa memelihara hamba2nya rupa2nya tidak pernah putus. Sentiasa ada rantaian. Allah telah menolong ayahku. Sebagaimana allah telah menolong aku...belom cerita lagi tentang datokku...allahuakbar!) dan sewaktu di tahun akhir di ulum, ayahku mendapat tawaran belajar di mesir. Ayahku pergi ke sana. Dan ayahku bertunang dengan umi sewaktu ketiadaan ayah di malaysia. Banyak pengalaman ayahku di mesir. Ayah gemar bergaduh secara tidak serius dengan orang arab. Kerana baginya itulah cara ayah untuk mempertajam vocab arabnye...dengan pemandu teksi dan bas. Dengan peniaga di pasar. Tetapi, takdir allah...ayah tidak sempat untuk menghabiskan pembelajarnnya di mesir kerana setengah jalan belajar di mesir, ayah balik ke malaysia untuk berkahwain dengan umi. Selepas berhahwin, ayah berkira-kira. Nak bawa umi sekali ker ke mesir? Sape nak tanggung? Sebab biasiswa yang ayah peroleh hanya untuk tanggungan seorang. Maka, ayah pun berhenti de pertengahan jalan. (ku bersyukur dengan allah kerana pada saat aku diterima ke kolej mara banting bagaikan gantian allah terhadap ayahku yang tidak dapat mengahbiskan pengajiannya di luar....lihat,cantiknya allah menyusun kehidupan hamba2nya! Waktu tu, ayah kerja banyak bende. Ayah jual sayur dan buah. Ayah jual ukiran yang ayah buat sendiri. Ayah jual kuih yang umi buat. Dan umi pulak mengajar di sebuah sekolah. Ayah cerita suatu hari, ade orang tawarkan ayh jawatan sebagai pembantu agama...bagai pucuk di cita ulam mendatang, ayahku terima... (memang pertolongan allah kerana jawatan yang ayah terima time tu la menjadi batu asas kepada kehidupan keluarga kami. Walaupun x banyak, tapi ade laaa... alhamdulillah~selepas itu, ayah menyuruh umi masok maktab walaupun saat itu, aku kakakku baru saje menerima kedatangan ahli baru, adikku. Umi dan ayah rela berpisah dengan kami demi sebuah kehidupan yang lebih baik. Walaupun tatkala itu, rasenye hidup kami x la sesusah mana, tapi ayahku berpandangan jauh.
Maka, tinggallah aku, akak dan adik di kampung bersama embah(nenek) dan embah lanang(lelaki)-atok. Tetapi tyme tu, embah lanang dah sakit. Maka, hanya embah lah tempat kami bergantung. Mandikan, masakkan, hantar p sekolah. Mmg sedih bila kita duduk jauh dari umi dan ayah kita. Tapi saya teringat sewaktu duration kami tinggal di kampung, setiap minggu, ayah dan umi pasti balik tyme weekend. Ayah penah cakap: pnh ade tyme tu duit ayah tinggal rm1, tp ayah dan umi balik jugak. Semata-mata nak tengok kami. Sedih kan...dan kami apatah lagi...x silap saya, setiap jumaat, ayah dan umi akan sampai kampung dan ahad pulak, diorang balik kl. Ingat lagi, bile tiba waktu umi n ayah nak balik kl, kitorang adik beradik mesti berdiri bersusun kat tingkap rumah embah dan melambai2. Penah satu ketika tu, saya nampak mata ayh merah, lantas air mata saya mengalir...tapi, ni la namanya pengorbanan. Pernah satu ketika tu...tyme ari jumaat, ayah n umi lambat sangat sampai. Rupa2nya bile sampai, dyorang cerita, diyorang kemalangan. Sedih x... tapi, allah tu memang memelihara kami. Alhamdulillah, x terok sangat. Adela kesannya sampai sekarang. Cam kaki ayah ade parut sket. N tangan umi cam nampak bengkok sket....tapi, allah tu kan maha mengetahui dan penyayang.
Lepas episod kehidupan tu, umi n ayh amek kitorang p kl. Kitorang tinggal kat seri perantau. Sebuah kawasan perumahan setinggan yang sekarang ni dah tak wujud lagi. Sekarang ni dah jadi tempat parking kat bukit jalil...hebat x? Hehe rumah tu sangat comel. Bilik dia lagi besar daripada ruang tamu dy. Bleh imagine x? Susah kot...tp, camtu la...kitorang p skolah naek bas pak cik mah. Mak saya pun naek bas. Tyme tu, saya rase hanya mak saya je cikgu yang naek bas sekolah p sekolah...cam sweet x...hehe lebih mendekati jiwa pelajar...tyme petang-petang, ayah mesti bawa kitorang bertiga naek motor p kat hujung kawasan perumahan tu...tengok train lalu... seronoknyer tyme tengok train lalu, xleh nak cite...excited sangat. Tyme tu kitorang tiga orang bleh naek satu motor ngan ayah. Yela...tyme tu badan sume badan kecik2. Sekarang ni...naek kereta pun terasa sempit! Pastu bile dah puas tengok train, kitorang pun balik. Tyme nak tengok train lalu tu, kitorang turun...turun...jgn maen2... keexcitedannya x leh cite...pastu tyme nak balik tu mesti ayah akan pura2 tinggalkan kitorang pastu kitorang pun lari2lari kejar nak naek motor. Tapi kitorang tahu ayah maen2 jek...hehe3
Sesungguhnya allah melihat perjalanan hidup kami. Temasok la nenek moyang kami. Apakan tidak, bukanke nabi2 dulu pun allah yang pelihara mereka? Tapi, bak kata pepatah, setelah allah kasi hujan lebat, pasti allah datangkan pelengi sebab allah nak kita senyum pulak lepas tu. Pastu akan terlihatlah pancaran matahari sebab allah nak kita jadi hambanya yang bersyukur... apabila kitorang meningkat dewasa, allah beri kegembiraan...alhamdulillah, keputusan peperiksaan kami kebanyakannya memberi kelegaan kepada umi n ayah. Dan sekarang ni kakak saya ade kat kuis n baru dapat biasiswa mara...alhamdulillah...dan saya pulak kat kolej mara banting, insyaallah kalau ade rezeki yang allah tetapkan untuk saya, mudah2an dapatla sy sambung study kat luar...adik saya pula menunggu masa nak amek pmr... ayah pulak dah kerja kat pusat latihan polis.
Kehidupan sekarang memang dah jauh sangat berubah. Teringat penah satu ketika, saya bercakap2 ngan ima, sahabat saya di kmb. Dia menceritakan kisah keluarga diya dari a sampai z ( rasenyer la...hehe). n apa yg saya dapat is: semua orang sama. Keluarga mana pun, pasti bermula dari bawah dan insyaallah, tanpa kita sedari, allah pasti akan tolong kita. Cume kite je yg x perasan...
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku akn menambah (nikmat) kepadamu, ttp jika kamu mengingkari (nikmatku), maka pasti azabku sangat berat. 14:7
He’is always watching us...
Guiding us...
N he knows what is in our little heart...
(MAHER ZAIN)
Thank you allah...teringat ayat dari surah ar-rahman
Apa yg ada di langit dan di bumi selalu meminta kepadanya. Setiap waktu dia dlm kesibukan. Maka, nikmat tuhanmu yg manakah yg kamu dustakan? Kami akan memberi perhatian sepenuhnya kepadamu wahai (golongan) manusia dan jin! 55:29-31
True! Mmh allah memberi perhatian penuh kepada hamba2nya no matter dok kat cerok mana pun. Sbb tu la, walau sesusah manapun hidup kita kat dunia ni, just bear in mind that he is always there...never loose hope...he knows wat best for us...
N for, my only ayah, selamat hari bapa...
N for my only mum, walaupun dah lepas, still, selamat hari ibu...
N for my sis n bro, let’s be the best children 4 our umi n ayah k...
Insyaallah
;)
Dan apabila hamba2ku bertanya kepadamu (muhammad) tentang aku, maka sesungguhnya aku dekat. Aku kabulkan permohonan org2 yg berdoa apabila dia berdoa kepadaku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah) ku dan beriman kepadaku, agar mereka memperoleh kebenaran. 2:186
No comments:
Post a Comment