Monday, January 7, 2013

regardless

"kalau aku tahu. kalau aku reti. mesti aku buat!"
begitu yakin?

kak yasmin mogahed cakap, dunia is never a perfect place to stay in. sangat bersetuju dengan beliau. kita tidak akan jumpa sesuatu yang sempurna. yang sangat sempurna. tidak akan.
mungkin sempurna untuk kita, tapi tidak pada dia dan mereka. mungkin sempurna untuk mereka, tetapi tidak untuk kita dan dia.

bersyukurlah dengan apa yang kamu ada. apa yang kamu miliki. apa yang diberi. alhamdulillah! alhamdulillah! alhamdulillah!

lebih-lebih lagi kamu, wahai daie.
kamu tahu bukan, kamu lah yang dengan rela hati mengangkat tangan dan merelakan diri kamu bekerja untuk ummat? dan ummat tidak akan menjadi lebih baik dengan daie yang asyik berfikir keterbatasan diri sendiri. bekerjalah kerana Dia melihat apa yang kamu kerjakan. Dia tidak akan bertanyakan hasil, tapi dia akan bertanyakan "apa yang kamu buat untuk mendapat redha Aku?"

ada jawapan?

maka, berbuatlah! beramal lah! walaupun kamu merasakan ianya kosong dan tiada apa-apa. yang penting, niat kamu benar, lurus, suci. Lillah.

aku membayangkan seorang Abu Dzar di abad ini. begitu terdesak mengharapkan redhaNya dan syurgaNya, merelakan diri dipukul kerana menyampaikan kebenaran.

siapa yang tidak terdesak? kamu lebih-lebih lagi *wahaiyangsedangmenulis*

segala puji bagi Allah yang menarik kamu di atas jalan dakwah dan tarbiyyah ini.bukankah kamu telah melihat matlamat yang jelas. jauh di hadapan. Allah. dan kamu telusuri jalan ini. kamu rasa sekejap untuk ke pengakhirannya, rupa-rupanya lama. panjang jalan ini. dan di sepanjang perjalanan ini, di kanan dan kirinya, ada saja yang menarik-narik kamu agar terkeluar dan tersasar.

bertahanlah!
untuk terus melangkah hanya kerana Dia.

bertahanlah!
untuk terus melangkah hanya kerana inginkan redha Nya.

bertahanlah!
untuk terus bertahan. dan bersabarlah dengan kesabaran yang baik.

"dan hendaklah ada di antara kalian segolongan ummat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang maaruf, dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung." 3:104

"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat..." 2:45

#coretanpagi

No comments: