Monday, November 26, 2012

berkat

kelemahan  bukanlah apabila kita mempunyai kelemahan, tapi apabila kita tunduk pada kelemahan diri. 
-quoted-

hari ini dengan langkah yang penuh tawakkal, aku melangkah ke situ. tekan loceng. tiga kali. tak berjawab. diam. tunggu lagi. keluarkan phone. call. "and the rest is history"

sambil menyayuh basikal untuk balik ke rumah, otak tak berhenti bekerja. terfikir-fikir apa yang baru berlaku. terasa nak menangis. sebab terasa banyak sangat benda yang harus belajar. dalam keterbatasan diri sendiri, aku harus untuk terus melangkah di atas jalan ini. 

insyaAllah, muka dan diri ini telah cukup immune untuk menerima pandangan-pandangan pelik dalam proses pembelajaran ini. tarbiyyah, bukan?

cuma... terasa banyak sangat yang harus dipelajari. banyak lagi yang harus ditempuhi. sedangkah umurku tak tahu bilakah akan berakhir?

dan aku memandang ke atas dalam kegelapan malam. bulan purnama. cantik sangat! teringat hadis: nanti di akhirat orang-orang yang beriman akan melihat Allah seperti melihat bulan purnama. bestnyer! senyum.


"berdoalah agar Allah memberi keberkatan umur. walaupun tak banyak yang saya belajar sebab umur saya mungkin pendek. tapi, moga cukup untuk saya menjadi hambaNya yang paling bahagia di akhirat nanti. Ya Allah, aku tahu, aku sedar, aku bukanlah syed Qutb mahupun Hassan Al -Banna. tapiiiii, izinkan aku untuk menjadi hambaMy yang bahagia itu." 

senyum.pandang atas.:')

1 comment:

hamba said...

ni kes tertinggal kunci la ni.. =p
iAllah.. sesudah medan angan2. sesudah medan fikiran.medan amal pulak. medan jihad pulak. yang kita kena cuba masuki dengan sebenar-benar kemasukan. eh. okbai.