Thursday, March 8, 2012

pekerja teknikal

tak kira, saya nak tulis jugak. ^^

Dengan nama Allah, yang Menciptakan saya dan kamu dan melimpahkan kita dengan nikmat-nikmatNya yang sering kali kta tak mampu untuk mensyukuri semuanya.
Astaghfirullah.

Alhamdulillah, bahagia sangat sebab few days dapat bersua muka dengan adik usrah walaupun tidak secara nyata. huhu. terasa dah lame 'meninggalkan' mereka. sob sob.

orang kata, hari-hari yang kita lalui adalah tarbiyyah. andai hari berlalu tanpa tarbiyyah, pasti ada sesuatu yang tak kena. mungkin pada diri, atau pada hati?

lately ni terasa bahang 'buzy'. itu dan ini. tapi pastinya tidak se'buzy' Rasulullah dan para sahabat. selepas satu perang, mereka bersiap-siap untu perang yang lain pula. mereka bukan tiada penat. penat itu ada tapi kemahuan mencari redha Allah itu mematikan rasa penat. [ternyata, diri ini tak setanding mereka]

dalam pada berasa/perasan 'buzy' ni, terfikir sendiri, "kenapa aku buat semua ni?" ia kelihatan sungguh teknikal!!! =.=

indeed, kalau berfikir sedalam-dalamnya pun, masih, teknikal itu jugalah yang ketara. dan hati yang kering mula mencari, "di mana Allah?????"

inilah syndrome pekerja teknikal.

tapi, teknikal tak boleh diabaikan. andai diabaikan, dunia akan huru hara. segalanya kelam kelabut dan tunggang tebalik. teknikal itu perlu. maka, berbahagialah wahai kamu yang sedang bekerja untuk teknikal!!

kamulah penentu!

sama ada teknikal itu kekal sebagai teknikal,
atau
lebih daripada itu.

kamulah penentu!

untuk meletakkan Allah pada matlamat kamu.
mengharapkan redha Allah dalam setiap langkah kaki kamu.
memahat nama Allah dalam hati kamu.
sehingga tiada lagi ruang untuk yang lain di hati kamu.

teruslah bekerja wahai pekerja teknikal.
sebab perkerja teklnikal masih seorang hamba.
yang memiliki HATI.

He said...[surah ad-dhuha]
Demi waktu Dhuha
Dan demi malam apabila telah sunyi
Tuhanmu tiada meninggalkanmu dan tiada (pula) benci padamu
Dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu daripada permulaan
Dan kelak tuhanmu pasti memberikan kurnianya kepadamu lalu hati kamu menjadi puas.
Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang anak yatim, lalu Dia melindungimu.
Dan Dia mendapatimu sebagai orang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk.
Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan
Adapun terhadap anak yatim maka janganlah diambil hartanya
dan terhadap orang yang meminta-minta, janganlah kamu mengherdiknya
Dan terhadap nikmat tuhanmu maka hendaklah kamu sentiasa bersyukur

1 comment:

kakak said...

I like this one ..