Saturday, September 10, 2011

sakit

entah kenapa, hati terasa agak tak sihat. sebenarnya telah muncul beberapa symptoms, tapi...sebab hati itu urusan yang rumit, kerumitan itu membuatkan aku agak malas untuk fikir lebih. Ya Robb~ maaf!

dan sampai ke saat ini, hati ini rasanya belum pulih. dan sebenarnya diri ini masih mencari jawapan kenapa. tersalah makan? tersalah minum? tiada jawapan. [sebenarnya, jawapan tu ada. cuma terasa pahit untuk menyatakan kebenaran.]

sebab diri ini lalai. lalai tu ingat je kat Allah, tapi tak khusyu'. bila dah macam tu, dan menambah kepada kerumitan, dalam sakit-sakit tu pun, kaki dan tangan ini harus bergerak. lidah ini harus diliang-liukkan. mata ini harus menatap wajah-wajah itu. akibatnya, kesakitan yang pada mulanya bersarang di hati mula menyerang bahagia-bahagian lain.
dan diri semakin parah. hati, apatah lagi.

diri ini terasa sedang keruh. dan sangat mengharapkan satu kejernihan. kejernihan niat dan rasa hanya untuk Allah. bukan senang. tapi aku tahu, usaha itu wajib.

kadang-kadang memang sangat perlu untuk duduk sebentar. seorang diri. dan bertanya pada diri sendiri, di mana aku sekarang? andai di atas jalan yang lurus, adakah niatku juga lurus? atau mungkin harus bertanya, apakah yang membuatkan aku tetap setia di atas jalan ini? andai jawapannya selain daripada Allah, silalah menangis, bertaubat dan kembali semula. ingat, Allah tu Maha Teliti taw.

ya Tuhan,
ya, benar. entah apa sahaja yang aku lakukan sehingga Kau masih memberiku nyawa? i do nothing but You keep giving me chance and opportunity.

i'm sorry Allah!

nak jernihkan balik hati T.T

No comments: