sekarang ni, dalam usia yg mencecah 20, fikiran harus lebih bergerak. keluar daripada kepompong kanak-kanak dan syok sendiri. tanpa menyedari apa yang berlaku kepada ummah. ummah. ummah.
pause lah seketika, dan perhatikanlah sekeliling. adakah semuanya berjalan di atas jalan yang sepatutnya? tentu sekali 20%-80%. terserah kepada tafsiran milik siapa 20% dan 80% itu. atau pun 0%-100%?
..........
kes buang bayi yang sudah melata merumitkan pemimpin negara dan rakyat jelata. antara suggestion untuk mengatasi masalah ini ialah 'baby hatch' dan penubuhan sekolah remaja hamil.
.........
naik lrt. pandang kanan. pandang kiri. pemandangan yang sama. pasanan lelaki dan wanita kelihatan sungguh rapat. bersentuhan. mungkin cuba untuk menyelami hati dan perasaan masing2.
..........
sekelompok ummah berpesta yang dikatakan wujudnya minuman keras sehabis saja menghadiri program di luar negara. mungkin untuk melepaskan tekanan yang keras dengan minuman keras tersebut.
.........
nun tidak berapa jauh dari pandangan mata, terang benderang sebuah musolla. musolla yang tidak berdinding. terletak di hadapan sebuah tasik yang cantik. di kala itu angin bertiup sepoi2 bahasa. ditambah pula dengan suara hafiz yang menjadi imam membawa aura kesayuan. namun, di mana makmum?
it could be my sight limitation. Allah knowsbetter.
..........
no references. hope no plagiarism.
for now, juz to reflect back ourselves.
..........
suatu ketika dahulu, sewaktu baginda pergi ke thaif, membawa wahyu Ilahi agar ummat Thaif disinari cahaya, tetapi baginda mendapat luka. baginda dibasahi darah kerna dibaling dengan batu oleh insan-insan itu. sehinggakan Malaikat menawarkan untuk memberi balasan kepada insan2 yang kejam itu. tapi, baginda menolak dan dengan tenang mengatakan bahawa insan2 itu tidak tahu. malah baginda mendoakan mereka.
suatu ketika dahulu, sewaktu sakitnya maut itu bertandang kepada Rasulullah, baginda tega menyebut kita, ummatnya...beginda memikirkan kita, ummatnya...baginda bimbangkan adakah ummat2nya akan menanggung kesakitan seperti mana baginda? baginda sanggup menanggung kesakitan itu untuk kita...
..........
sakitnya ummah, perlu dirawat.
berlumba-lumbalah untuk menjadi doktor.
DR HATI.
sesungguhnya ummah memerlukan kita semua.
..........
Ya Allah, help us Allah.
guide us Allah.
thabbit qulubana a'la dinik.
..........
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',2:45
(kerna perjalanan seorang DR itu, terbentang ujian di hadapannya)
No comments:
Post a Comment